Friday, May 18, 2012

A-DISI KHAS : PART 23


HOW YOU CAN GET "SIJIL HILANG AKAL"


Salam,
Wahai bloggurls dan blogguys yang extreme sekalian........

Agak sekian lama aku tak share something yang happening kan? Sorry guys, i'm little bit busy lately. Betul, seyes busy!

Macam-macam aktiviti extreme yang aku buat untuk memadatkan masa lapang yang sebenarnya tak lar berapa lapang. Buat-buat lapang....lalala~ 

Salah satunya yang paling aku puas hati ialah aktiviti bungee jumping atau bungy jumping....atau kata mudahnya lompatan-berani-mati. Memang mencabar jiwa dan raga aku time tue...huh! But, sebelum tue aku kena timbang berat dulu. Weight korang mesti dalam lingkungan minimum 35kg dan maksimum sehingga 285kg. Selepas ditimbang, korang akan dipakaikan dengan safety equipment yang mengikut berat korang. So, ader dua safety equipment iaitu satu dipinggang dan satu lagi dipeha supaya semasa korang buat lompatan tue, tanpa was-wasnya korang akan rasa selamat sket, ok. Itu pon kalau korang bernasib baik. Masa abang hensem tue pasang-pasang mende nie sumer, aku rasa rileks giler, tak rasa nervous langsung. Betul ker jantung aku nie? Still functioning or not? Aku ketuk-ketuk...sakit! Hurmmm, orait! Abang hensem tue senyum ala siput sedut tengok aku cenggitu...

Sempat lagi diaorang advice aku suruh aku masukkan tudung aku dalam baju supaya tak ader lar free show nanti. Tengkiu, guys tolong ingatkan aku!

Then, masa aku berdiri betul-betul kat edge atas wooden platform tue, tengok jer kat bawah....huisyh! Jantung aku rasa nak terkeluar dulu dari dalam badan. Cam dier nak lompat dulu. Uit~ Abes lar aku! Betul ker aku nak buat nie? Nape aku tak buat lompat katak jer ker, lompat jauh ker, lompat getah ker...tak lar takuit sangat. Camno nie haaa? Nak patah balik? No way! Abang-abang hensem tue sekali lagi tanya aku,"Ara, u have any last word to say?". Hampeh tak hampeh! Aku tak bersedia nak mati lagi lar...sob, sob!

Tapi, dengan keyakinan tingginya sebab nak tunjuk yang aku tak lar takut...i've just said,"No!". 
Ala-ala Titanic aku rasa bila dorang suruh aku mendepakan kedua-dua belah tangan...ditambah pulak kesan khas tiupan angin sepoi-sepoi tak ader bahasa langsung.

Abang hensem tue tanya lagi,"Ara berani tak?". Ala-ala nak test aku lar tue cuak ker idak. Heh~

Aku ngan muka slumbernya jawab,"Yezza, i am. Berani kerana benar, takut kerana tak bran". Ahakz!

Bila abang-abang tue start mengira 1..2.. secara berjemaah, tetiba aku rasa darah aku dah stop mengalir ke kepala dah. Aku pon bengkokkan kaki...dan bersedia untuk jump masa kiraan ke-3. Zzuuuuuppp!

Masa aku jump dan terawang-awangan di udara untuk beberapa minit tue, aku dengar suara-suara 'menjerit' dorang-dorang-ntah-sape-ntah. Suara aku tak dengar langsung sebab aku tak menjerit (aurat, tue sebab tak menjerit).

Agak lama gak aku di "swing" kan. Tak lama lepas tue, datang sorang lagi mamat bersampan menyelamatkan aku daripada mati tergantung. Selamat jer aku "landing" dalam sampan tue, abang kat atas tue sekali lagi tanya," Ara, are you ok?". Aku just angkat ibu jari jer...so,dier faham lar kot.

Berakhir lar 'penyeksaan' jiwa aku pada hari tersebut. Memang rasa berbaloi giler dapat cuba bungee jumping nie. Siap 3 orang minah saleh yang menyaksikan lagak ngeri aku tue bagi credit kat aku sebab keberanian aku...heh~ 

Sebagai bukti, aku dianugerahkan sijil yang menunjukkan ketidakwarasan aku telah diiktiraf. Yeaaaaahhhhhhhhhhhh! Korang ader?
Nama dirahsiakan coz ader full name aku~







But, untuk info korang sebelum korang agree untuk melakukan bungee jumping nie, korang diwajibkan menandatangani consent meminta kebenaran korang sendiri lar. Dalam form tue gak, ader stated penyakit sawan, asthma atau high or low blood pressure. If korang ader salah satu penyakit tersebut dan korang tetap berdegil gak nak cuber...maybe boleh, but at your own risk. Sebab ader possible injury yang akan korang hadapi selepas aktiviti nie antaranya pendarahan dalam retina mata, gangguan penglihatan...otot cramp, terbelit dengan elastic cord disebabkan sawan tetibe atau yang paling bahaya...broken neck!

Moral : Ader bran?