Tuesday, November 29, 2011

HARI INI DALAM SEJARAH

Pesanan untuk ku ;
"YOu're nOt gOing to please everyOne all the time. SO, make sure yOu keep yOurself HAPPY mOst of the time. NO One lives yOur life but yOu".

Peringatan untuk ku jua ;
"A PARENT is the BEST of the gates of PARADISE, so if you wish; keep to the gate or lose it".

Saturday, November 26, 2011

SPECIAL A-DITION

PERNAH TAK KORANG?

Salam Maal Hijrah,

Sempena tahun baru bagi umat Islam, especially bagi yang beragama Islam...semalam apa yang tercatit dengan pen merah dalam buku rekod korang dah pon didelete atau diliquid paperkan. So, korang diberi second chance sebelum buku rekod korang tue dihantar terus untuk ditimbang-tara. Beware! Jangan sebab yang sikit, korang rosakkan kembali buku rekod korang tue. Sebelum nie, ader korang teringatkan aper yang tercatit dalam buku korang tahun lepas? Aper perasaan korang? Pernah korang rasa seperti yang diblacklist dibawah :
  • Pernah tak korang rasa marah yang meluap-luap, tapi korang tak dapat hamburkan rasa marah tue?
  • Pernah tak korang rasa malu yang amat, sampai korang rasa nak pakai topeng cam vokalis Amuk?
  • Pernah tak korang rasa sedih yang melampau-lampau, sampai korang rasa nak menangis jer non-stop macam Kassim Selamat atau korang rasa nak menangis tapi airmata korang degil takmo kuar toksey tubik?
  • Pernah tak korang rasa keyakinan korang hilang terus, sampai korang rasa takut, fobia dan lemah semangat?
  • Pernah tak korang rasa maruah korang seperti dipijak-pijak lenyek atas lantai dah macam lempeng pisang jer, sampai korang rasa tak ada nilai langsung harga diri korang?
  • Pernah tak korang rasa organ-organ dalaman korang disiat-siat macam dilapah jer, sampai rasa sakit tue meresap ke seluruh badan korang? 
    BTW, apa yang pernah korang rasa tue sebenarnya hanyalah CUBAAN dan UJIAN yang TUHAN bagi untuk melihat sejauh manakah IMAN yang korang miliki serta bagaimanakah cara korang mengatasinya? Adakah selepas sumer yang korang rasa nie, korang akan lagi dekatkan diri korang dengan DIA?
    Adakah korang menilai balik kesilapan yang pernah korang buat dan cuba perbaiki supaya korang menjadi insan yang lebih baik in the future?
    Kalo korang rasa korang tak buat silap, tetapi orang sekeliling yang seakan-akan sengaja menunding jari menyalahkan korang, just smile and say,"Alhamdulillah". Korang sure akan rasa tenang jer. For me ;
    No need for revenge.
    Just sit back and wait.
    Those who hurt you will eventually screw up themselves,
    and if you're lucky,
    GOD will let you watch.


    Moral : Semua manusia melakukan kesilapan, tetapi semua orang juga
               diberi kesempatan untuk perbaiki kesilapan dan selagi itulah juga,
               berhijrahlah untuk kebaikan daripada masa lampau.














    Monday, November 21, 2011

    A-DISI KHAS : PART 8

    3 SIFAT CALON SUAMI YANG PATUT KORANG REJECT
    Aku tgh uji dier nie~

    Salam,

    Buat semua blogger yang sudah berkahwin dan belum berkahwin ataupon yang sudah kahwin tetapi belum bernikah lagi(ingat balasan Tuhan, korang tak akan terlepas). Korang yang hampir-hampir menuju ke gerbang perkahwinan, sudah ker korang berfikir habis-habisan? Korang sure ker lepas jer korang kahwin, korang tidak akan sekalipon menyesal di kemudian hari?

    Jangan menyesal sudah! Mula lar korang cakap macam kat bawah nie....

    "Isyh,nape lar aku kahwin awal sangat. Sekarang dah tak boleh joli sakan dah". 

    Ataupon...

    "Alaaa...nyesal giler aku rasa. Dah kahwin baru tahu perangai huduh dier. Dulu masa bercinta tak ader pulak dier tunjuk..huhu".

    So, sebelum terlambat..think it again. "Don't let banana fruit become twice". Seperti kata orang kampung sebelah aku yang baru nak belajar bahasa inggeris sebagai bahasa kedua, itulah pentingnya english education. Heh!

    Baiklah, untuk make sure korang tidak melakukan sebarang kesilapan sebelum mendirikan masjid nan megah dan indah luarannya, jangan kosong dan sepi kat dalam sebab makmum tak cukup korum....disini aku nak share something yang penting untuk korang dan jua aku dalam mencari calon suami yang memenuhi ciri-ciri idaman malaya a.k.a wanita solehah. Antaranya ;

    1. Al-Buqhlu 
    • Adalah sifat kedekut dan bukan berkaitan dengan faberet kuih korang, kuih bahulu. So, tiada kaitan walaupun sebutannya sama. Kenapa bakal suami korang tidak boleh ada sifat kedekut macam Haji Bakhil tue? Surely, bagi korang orait jer sebab orang jenis nie dah planned untuk masa hadapan dier. Maybe korang betul dan maybe jugak korang sudahpon tersilap.Contohnya, korang keluar dating dengan bakal suami yang korang cintakan tue, makan kat restoren cikai-cikai tetapi at last dier mintak korang bayar dengan alasan apa salah korang belanja selalu...sayang abang tak?? Pastu, korang sambung dating dekat Jusco dan duit parking RM 1.00 tue pon korang kena bayar dekat mesin yang asyik bunyi,"Please insert your parking ticket", beberapa kali selagi korang tak masukkan duit kertas seringgit tue. 
    • Tidak cukup dengan tue, biler bergaduh bakal suami korang start lar mengungkit belanja dan hadiah-hadiah yang dier berhabis untuk korang walaupon baru berapa hinggit jer. 
    • Kalau lar korang berdegil gak, sebab cinta punya pasal and then kahwin ....Lepas kahwin, sifat kedekutnya semakin menyerlah. Bayangkan sampaikan mak dan bapak korang a.k.a mentua dier lar datang umah, korang terpaksa hidang biskut kering Hup Seng ngan air teh...pagi, tengah hari, petang malahan makan malam sebab bila korang mintak duit nak beli juadah / makanan jer, dier buat dek dan suruh korang makan apa yang ada kat dapur tue. Ader ke patut!

         2.  Al-Zuhu /Muta'ajjaraf / Tibahi @ 'Ujub
    • Bermaksud membesarkan, bongkak atau sombong. Why? Sombong tak boleh jugak ker? Kalau perempuan yang sombong, its good...selamat. Tetapi, kalau yang sombongnya lelaki contohnya kalau korang ajak pergi rumah family korang sebab ada kenduri cukur jambul, dengan tujuan supaya bakal suami korang berkenal-kenalan dengan sedara-mara atau adik-beradik korang. Bakal suami korang bagi banyak alasan tak berapa nak logik macam sakit perut ker, tak sihat ker, making busy ker...sombong namanya tue sebab perangai semulajadi tak nak bercampur dengan masyarakat. 
    • Selain itu, korang bergaduh dan merajuk. Korang harap dier dapat lar pujuk korang balik dengan belikan teddy bear besau ker, mainan lego ker, dan setidak-tidaknya sejambak bunga tahi ayam..Korang pon send message ugutan tak berniat...tuut,"Kiter break jer lar". Dengan sombong dan selambanya dier reply,tiit..."Ikut u lar...seorang pergi, sekali i petik jari jer sepuluh janda yang hidung cam kapal selam akan melutut".
    • Kesimpulannya, abaikan lar bakal suami yang begini. Merana badan jer nanti. Banyak lagi calon yang berkelayakan kat luar sana yang bachelor and awesome.  

         3.  Al-Jubnu
    • Berkaitan dengan sifat penakut. Ada ker lelaki penakut? Giler tak ada, banyak sangat sekarang nie. Contohnya, korang berdua ondeway balik dari Pantai Cahaya Bulan, then korang berhenti dekat Rehat Dan Rawat kat Highway Karak untuk menyampaikan hajat bakal suami korang. Waktu nak dekat senja lar nie (waktu senja banyak nates akan keluar shopping), so bakal suami korang takut giler lalu mengajak korang teman sekali. Maknanya, korang kena berdiri dekat luar tandas, takkan dalam tandas...dah macam mak menunggu anak kat tandas. Persoalannya,  bukan kesanggupan korang mencium bau harum semerbak tue...but, sanggup ker korang menjadi pelindung lelaki jenis nie. Sepatutnya korang yang dilindungi bukan bakal suami korang. Tidak ker naya kalo korang diculik ker, dirogol ker....
    • Others situation pulak, contohnya bakal suami korang ada stalker yang giler-giler taksub dengan bakal suami korang yang tidak lar berapa hensem tue, but sweet sikit kot. Disebabkan bakal suami korang nie penakut dan fobia nak berhadapan dengan stalker nie...so minta bantuan korang settlekan masalah dier dengan cara korang face to face dengan stalker tersebut. What the halleberry bakal suami korang tue? Problem remeh macam tue pon tak boleh handle, betapa rugi menjadi seorang lelaki....tukar jantina jer lar dudes!
    Bagaimana? Dah separuh sedar atau still tak sedar lagi? Lagipon, tak habis lagi nie... Sebenarnya, selain daripada disenaraikan diatas, ader 2 lagi syarat sampingan yang patut korang pertimbangkan, especially dari segi :
    • Elok wajahnya iaitu muka cantik / hensem. Based on entri aku yang lepas, cantik nie terlalu subjektif dan terpulang pada individu itu sendiri melihat kecantikan yang macammana. Mungkin pada pandangan korang, memang hensem yang tiada tolok bandingannya...but, biler kawan karib korang tengok dan siap komen,"Uit, macammner ko yang cun giler nie boleh jatuh hati dengan mamat muka macam bangunan tak siap nie. Macam penyangak pon ader". Seh, pedih jer rasa walaupon pada pandangan mata halus korang dier umpama Robert Pattinson, tenang jer tengok dan tak rasa rimas perut langsung. Apa kelebihan yang korang dapat kalau korang cari calon yang hensem nie supaya korang terpelihara daripada keinginan korang kepada lelaki hensem yang lain apabila korang sudah berkahwin kelak...kerana wanita dikurniakan 9 nafsu yer. So, berhati-hatilah.
    • Agama yang dipegang kukuh walaupon lelaki nie tidak berapa hensem. Yang penting ader agama supaya dapat membimbing korang bersama-sama menuju ke syurga hendaknya dan bukan menarik korang join fan club neraka. Free Of Charge lar katakan, siapa yang tak nak. Sekiranya lelaki tersebut memiliki wajah yang hensem dan disertai dengan pegangan agama yang mencukupi and marvellous, ini korang anggap sebagai bonus untuk korang. Apabila korang dikurniakan zuriat kelak, zuriat korang tidaklah sia-sia dan menjadi anak yang soleh / solehah. Siapa yang tidak mahu berkahwin dengan lelaki hensem, cuma biler dah kahwin nanti korang tak senang duduk kat rumah sebab risaukan suami korang yang hensem tue bekerja non stop kat luar. So, biler suami korang ada agama... dier akan menjaga dirinya daripada terjerumus ke lembah maksiat.
    Ermmm, terpulang pada korang sebenarnya dalam memilih pasangan hidup. Tuhan kurniakan akal untuk korang menilai hujah aku, mata untuk korang melihat sendiri bakal suami korang dan telinga untuk korang mendengar nasihat yang berguna. Keputusan ditangan korang sendiri sebab korang yang akan berkongsi hidup nanti. Bukan kongsi dengan aku ataupon dengan makbapak korang. Ujilah bakal suami korang untuk mendapat kepastian atau kebenaran yer, sebelum terlambat. Good luck.

    Adiossa and stop tongkat dagu ngan tangan kiri korang!

    Moral : Berdasarkan riwayat Saidina Ali R.A. ada menyebut,"Jauhi lelaki yang 
                 bermula sebagai lelaki yang jahat, yang melebihi jahat daripada wanita 
                 yang terlebih jahatnya". Fikir-fikirkan dan selamat termenung sambil beramal~

    Thursday, November 17, 2011

    A-DISI KHAS : PART 7

    KAITAN LELAKI DENGAN KOHL

    Salam,

       Apa ker benda kohl tue? Maybe tidak semua tahu what is the meaning of kohl. Ataupon korang ingat-ingat lupa. Thats ok, aku boleh bagi just a simple word bagi mengambarkan apa itu kohl. Jangan berkerut pulak dahi tue, relax. Kohl atau nama mudahnya celak mata, tapi orang kampung aku kater eyeliner. Nama lain bagi kohl antaranya, Arabic(kuhl), Hindi(kajal), Malayalam(kaNmashi/suRuma), Telegu(katuka), Somali(kuul) , Tamil(kan Mai) dan so many...In other words, dipakai disekeliling mata untuk memberi effect gelap pada kelopak mata. Kohl nie terdapat dalam 2 jenis waterproof dan non waterproof.
        Based on sejarah, pemakaian kohl nie sudah diamalkan sejak Bronze Age iaitu kira-kira 3500 B.C onwards oleh Egyptian Queens. Huh, berabad lamanya. Kiranya kohl nie ancient eye cosmetic lar dan semakin lama semakin meluas penggunaannya ke South Asia, Middle East, North Africa dan sebahagian West Africa sehinggalah sampai ke Malaysia akhirnya melalui aktiviti perdagangan, of course! Zaman dulu, diaorang hasilkan kohl nie menggunakan campuran utamanya 'Galena' atau nama saintifiknya 'lead sulfide' bersama dengan campuran lain. 
       Mengikut kepercayaan diaorang gak, kohl dipakai untuk melindungi mata daripada penyakit mata dan daripada sinaran ultraviolet yang berbahaya. Bijak diaorang nie.  
     
       Korang suka pakai celak mata atau kohl tak? Kalo ader diantara korang tak berapa suka, its up to you lar kan...no wonder,cumer korang tak akan realize kebaikannya dari aspek kesihatan. Kalo yang pakai tue chiks, mesti tak berapa kisah sangat sebab dah lumrah wanita sukakan kecantikan. Tapi, macammner lak kalo yang pakai kohl tue dudes atau ayah korang, takpon atok mentua korang ataupon boypren kesayangan korang? Sebelum nie pernah aku dengar kalo ader dikalangan dudes yang pakai kohl mesti orang akan pandang serong jer, pastu label dorang nie GAY, jahat...what the halleberry! rendahnya pemikiran korang kan...

       Kalau korang perasan, Johnny Depp yang pegang watak sebagai Jack Sparrow dalam citer Pirates of the Caribbean, hensem plus macho jer biler dier pakai kohl...tak nampak lembik langsung watak dier tue dan dier gak mengaku suka giler bila dier dapat pakai kohl nie.
    See~
    Akibat menangis, kohl pon luntur~


       Dari segi pengalaman aku lar, aku pernah pergi Pattani dan kat saner memang banyak sekolah-sekolah pondok. Tok guru dorang ngan berjubah dan siap berserban tinggi pon kebanyakkannya yang aku perasan, dorang pon pakai kohl. Ala, korang tak payah pergi jauh-jauh nak tengok...kat masjid-masjid serata Malaysia nie pon korang boleh jumpa orang-orang alim pakai kohl.

       Mengikut sejarah Islam gak, Rasulullah S.A.W turut mengamalkan pemakaian kohl. Thus, hukum pemakaian kohl dikalangan lelaki adalah sunat dan digalakkan. Ibn 'Abbas R.A ader meriwayatkan;
    " Whenever the Messengger of Allah used to wear kohl, he would use it thrice in the right eye - beginning with it and finishing with it - and twice in the left eye." 

        Pengaruh kuat aku dalam pemakaian kohl nie adalah nenek aku. Dulu aku selalu tengok nenek aku pakai kohl dan aku pon tak sabar-sabar nak pakai gak. Dari situlah agaknya, nenek aku tak sampai hati tengok aku buat muka kesian...beliau pon bagilah aku satu kohl yang dibeli dari Makkah. Korang pernah tengok tak? Biler pakai, warna hitam dier memang pekat giler dan memang aku suka. Sekarang nie susah sikit nak jumpa...ntah..ntah dah pupus kot.
    Nie lar dier kohl yang nenek aku bagi tue~
    Nie pon my mum ader~
        Masa aku start keje kat tempat aku tue, kengkawan aku suka dengan trend pemakaian kohl aku. Dorang pon tanya jenis dan cara pemakaian dier. So, aku bagitahu jer lar sikit-sikit tips yang aku tahu. After that, pengaruh pemakaian kohl dah semakin berleluasa kat tempat kerja aku. Yeah, aku dah berjaya meluaskan pengaruh secara tak langsung kan...

       Dengan kesempatan nie gak, aku nak kongsi serba sedikit benefit pemakaian kohl nie...antaranya ialah :
    • Memberikan kesihatan pada mata korang.
    • Menguatkan dan membantu mencerahkan penglihatan korang.
    • Membantu mengeluarkan bahan-bahan yang boleh memudaratkan pada mata korang.
    • Mencantikkan lagi mata korang yang sedia cantik tue.
       Selain itu gak, kalo korang nak tahu penggunaan kohl sebelum korang nak tidur akan mendatangkan kesan double extra daripada penggunaan biasa sebab benda nie selain membantu mencerahkan penglihatan korang ianya turut menggalakkan pertumbuhan eyelashes korang terutamanya kalo korang dilahirkan kureng sket eyelashes tue.

       Besides that, ada jugak kesan buruk yang pernah aku dengar disebabkan bahan 'lead sulfide' yang terkandung dalam kohl tetapi inconclusive! 

       So, korang ader berani tak pakai kohl nie kalo keluar dari rumah especially guys? Heh, mesti tak aderkan...

    Moral : Semua benda yang ada dimuka bumi Tuhan nie ada kegunaannya, bergantung 
                  pada korang bagaimana korang memanfaatkannya. Kalau was-was, never try.

    Friday, November 11, 2011

    A-DISI KHAS : PART 6

    Salam,

    Cantikkan tarikh 11.11.11...Aper aku nak buat dengan tarikh nie? Tapi, ramai yang ader agenda masing-masing ngan tarikh nie. Ada yang nak kahwin, nak bertunang, nak bersalin, nak beli kereta atau superbike, nak wat kenduri cukur ramos dan memacam lagi. Tapi, ader ker yang tempah kematian dengan tarikh nie? I've think no..tak ader sape pon yang berani, kecuali memang dah ajal sampai hari nie. Except lar, kalo ader yang berani duduk tengah jalan ker atau tengah landasan kerata api ker....tunggu dilanggar!
       Isyh...isyh....jangan sesekali korang ader niat camtue. Malaikat 'Atid, pengawas yang paling rapat dengan korang dah tarik nafas, pegang pen nak start tulis dalam buku rekod dier dah... Nauzubillah. Semoga aku dilindungi-Nya.
       So, bagi korang yang dah merancang 'sesuatu' yang best untuk disambut pada tarikh tersebut, janganlah sampai korang alpa atau mengganggap tarikh 11.11.11 nie boleh mendatangkan "tuah". Sebab dah tergolong dalam syirik. Lebih baik kalo korang mengganggap tarikh 11.11.11 sebagai tarikh yang hanya mudah diingati, maka itu lebih baik walaupun jatuh pada hari jumaat, penghulu segala hari.

    Moral : Bertaubatlah selagi sempat dan beringatlah selagi sedar....


    Monday, November 7, 2011

    A-DISI KHAS : PART 5

    360 DEGREE TEST 

    Salam,

       Pernah korang dengar, orang beriman lebih banyak diuji?   
       TUHAN menguji beradasarkan kekuatan dan kemampuan serta ketabahan hati dan keutuhan iman seseorang. DIA tak akan menzalimi hamba-Nya melainkan kiter menzalimi diri kiter sendiri. Kalo kiter berjaya mengatasi ujian getir tue dengan gilang-gemilang dan terbilangnyer, memang tak sia-sia lar hidup kiter selama nie .DIA gak menciptakan kiter sebaik-baik kejadian dan lebih tinggi kedudukannya berbanding aper-aper jua dalam muka bumi yang fana nie. Tue sebab lar, hell boyz pon kena tunduk pada manusia pertama, Nabi Adam a.s.

       Jangan lar sesekali kiter mengeluh atau bertanya, "Why me...? I cant fight this felling anymore....i forgot when i starts fighthing for....".

       Sepatutnya kiter bersyukur, sebab kiter adalah insan terpilih dan Allah S.W.T masih sayangkan kiter. DIA masih memberi peluang untuk kiter mencari jalan pulang dan kekal pada trek yang benar supaya kiter menggingati DIA sebagaimana DIA mengginggati dan menyayangi kiter.

       Ermm, panjangnyer intro aku...bukan aper. Aku nak motivate diri aku sendiri sebenarnyer. Tapi, kalo korang termotivate, Alhamdulillah....bersamalah kiter yer.

       Ader kisah yang aku nak kongsi bersama korang readers berkaitan ujian nie....alkisahnya, bermula begini....

       Once upon a time in mexico...aiceh! Macam ceghita Desperado lak (faveret film aku tue)...serius sket!
    Hari tue adalah sorang sahabat aku antara yang paling baik pernah aku kenal, alim orangnyer dan aku memang respect dier sebagaimana dier respect aku. Hari tue dier panggil aku...siap sebut nama full aku lak tue. Aku tengok air muka dier cam berkerut sedozen dah...Aku naik heran, nape mamat nie...cam ader problem besar jer. Nak jer aku amik sterika, tolong ratakan balik kedut kat muker dier...tapi maner ader, tak sampai hati...

       So, aku pon tanya lar, "Nape ko nie, ader problem ker? Story lar, maner tau aku bleh tolong maner yang patut".

       Dier macam berat jer nak jawab, tapi masih boleh senyum simpul jer. Tue yang aku suka, walaupun ader problem, tapi still boleh senyum...sedekah.
       Nasib aku tak ugut dier, letak pisau kat leher dier ker... kang lain plak masalahnya. Maybe sebab aku tunggu nak dengar ngan penuh sabarnya...dier pon ceghita yang.....tuuuuuut! 

       Astaghfirullah....tergezut gak aku....nak gelak pon ader, jangan tak baik! Aku pon tanya macammnaner boleh jadi camtue?

       Dier kater,"Sumer nie bermula dalam FB. At first, dier mintak permission aku untuk jadi kawan. So, tanpa berfikir pendek, aku accept lar. Tak terlintas aper-aper pon. Kitaorang kawan macam biasa, bertukar phone number, bertukar alamat, bertukar idea, segala-galanyer lar tukar kecuali jantina jerk. Sebab dier kater, dier amatlah cetek bab-bab agama nie. Maner tahu, aku boleh bimbing sikit-sikit yang aku mampu macam tunjuk ajarku, sifu tue".
        
        "Then....", aku bersuara lagi. Macam buat-buat tak faham jer.

        "Lama gak kitaorang berkawan sampai dier add sumer member aku termasuk lar cousin aku. Aku tak kisah lar, namanyer mukabuku. Dier rajin gak message aku, calling-calling aku... tanya khabar, tanya memacam. Sampai lar suatu hari tue, dier meluahkan yang dier falling in love ngan aku. MasyaAllah, aku rasa nak pitam mendengarnyer, kepala lutut pon dah menggeletar macam enjin bot tersekat dah".
       Dier pon menyambung dengan penuh semangatnyer,"Aper lagi, aku pon maki hamun lar dier memacam. Lepas tue, terus dier message sumer member dan cousin aku bagitau yang aku dah meninggal donia. Apo laie, sumer call non stop macam wartawan melodi nak tau kebenaran. Diaorang pon pelik nape jadi camtu...padahal dengar suara aku orait jer, sihat walafiat. takkan hantu nak jawab call lak".
       "Macammaner nie, tension dah aku. Hari nie dah berpuluh-puluh kali dier call aku mintak penjelasan kot nape aku reject dier".

        "Uit, aggressivenyer mamat gay nie", kataku.
        "Tue lar nape ko maki hamun dier, maybe rasa tercabar lar dier. Sepatutnya, ko nasihatkan dier secara berhemah", aku menambah rasa. 

       "Ntah, tak terfikir pon masa tue. Aku ingat lepas marah-marah tue akan sedarkan dier sket. Tapi...aku takut nanti dier simbah asid lak, abis lar muker hensem aku nie...maintanence tinggi tau". (yang last tue dier tak cakap ea, sajer aku tokok tambah).

       "Macam nie lar, better ko tutup jer akaun FB tue. Akaun bank ngan KWSP ko pon tutup skali, tak pon tukar ke nama aku sebagai penama kedua. Pastue, ko bagitahu sumer member dan cousin ko supaya jangan layan maner-maner nombor phone yang tidak dikenali. Last, tukar nombor phone baru. Sumer tukar ok, jantina ko jer kena maintainkan", aku menyatakan pendapat bernas.

       "Ala, alamat kampung aku dier tau. Kang, dier datang bawak van jenazah kang..terkejut lak makayah dan orang kampung aku".

       "Ko nie nak kater bengap, tak gak sebab ko kerja bagus, study pon lulus cemerlang. Ish, ish, ish...maner lar dier nak dapat van jenazah tue kalo tak ader surat sijil kematian daripada polis centri (banyak sangat kiter dapat sijil kan, tapi tak boleh bawak mati kan...). Lain lar kalo dier cilok van jenazah tanpa kebenaran dan drive sendiri sampai ke kampung ko tue".

        Heh, gelak pon...

       "Nak jer aku face to face ngan mamat gay tue ker, bercakap via phone ker...tapi, kang dier jatuh cintan ngan aku lak. Susah ti. Yang penting, jangan serabutkan kepala otak ko ngan benda tak ader pakedah nie. Relax, zikir banyak-banyak".

       "Aku rasa macam nak amik cuti panjang jer".

       "Kalo ko bercuti pon, bukan boleh settle problem. Ketenangan bersifat sementara jer".

       Kesian aku tengok sahabat aku nie, aku nak tolong lebih-lebih tak terdaya lak. Nasihat jer yang aku mampu. Korang rasa macammaner nagan prestasi aku sebagai seorang sahabat dier? Betul ker aper yang aku nasihatkan...ker korang ader idea yang lebih bravo daripada aku?

       Pada hemat aku, berkawan nie tak salah tapi bagaimana korang mengadaptasi kawan tue kadang-kadang tak berapa betul. Niat berkawan memang dituntut dalam islam, tak kiralah berkawan daripada berlainan jantina sekalipon amat digalakkan. Tapi, biar benor ngan caranya. Jangan bermatlamat "menghalalkan cara". 

     Moral : Macammaner canggih pon teknologi sekarang yang memudahkan kiter berkawan, mencari 
                 kawan atau putus kawan...tetap ader pro and cons...seperti kata moyang aku,"berkawan 
                 biar seribu, berkasih biar satu dan bermusuh jangan sekali....banyak kali..ahaks".
                 Tok ketua aku plak cakap,"Sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan 
                 mati tak BERTEMAN". 

    Ingat tue beb, adiosssa!



    Saturday, November 5, 2011

    A-DISI KHAS : PART 4

    ANTARA MENGHALALKAN ATAU TERHALAL
    Bahana makanan!
    Salam,

    Sebelum aku start nie, dengan kesempatan yang ader aku nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat sumer blogger yang beragama islam sekalian.Aku adalah insan yang making busy bukan sebab nak sambut raya tapi,berkorban working non stop...kumpul duit raya. Selagi ader kudrat, aku akan teruskan.So, untuk mengisi masa senggang seminit dua nie, aku ader someting yang WAJIB aku sampaikan kat korang sumer yang beragama islam, yang mengamalkan ajaran islam dan hidup sebagai orang islam. Sebab kebanyakan sekarang, umat islam dah banyak disongsangkan atau tersongsang ngan pelbagai cubaan untuk melenyekkan iman kiter melalui cara yang kiter tak sedar langsung iaitu MAKANAN. Aper yang korang makan? Ingredients dalam makanan yang korang telan tak mau-mau tue, ada aper?

       Mesti korang tak terlintas langsung nak terfikir pasal nie kan....sebab bagi korang alah...small matter jer. Watpe nak fikir sangat, Malaysia kan kaya ngan makanan. Bukan macam Somalia tue, nak makan pon korek saner, korek sini baru dapat. Kalo tak dapat, alamatnya posa 6 lar...tak pon posa sebulan ker,setahun ker...tak susah nak ramping. Sesiapa yang gemok, susah nak kuruskan badan boleh wat tajaan supaya dihantar ke Somalia, stay setahun dua dan tengok kesannya. Mesti jadi ramping macam Amber Chia. Tak payah susah-susah telan pil kuruskan badan kan....

       Manusia akhir zaman sekarang, macam-macam dah jadi. Jadi aper? Macam biasa, aku tanya aku jawab.Dalam berita, dalam paper sumer cerita pasal kes jenayah jer....kes rompak tak kaya-kaya lar, bunuh orang macam bunuh lipas lar, anak penggal kepala bapak buat sate lar, buang anak tak sah taraf macam buang lampin pakai buang lar, rogol nenek macam rogol anak dara, baling anak macam baling handset lar..ish memacam! What the hell sumer nih?

       Korang tak sedar, aper yang kiter makan hari nie banyak mempengaruhi diri kiter esoknya. Sebab, menda yang kiter makan tue akan sebati menjadi darah daging kiter. Kalo menda HALAL kiter makan, alhamdulillah baik jadinyer...kalo menda HARAM yang korang telan, faham-faham jerlah kan...

       Sebagai lelaki, korang plak adalah ketua keluarga...in other meaning, korang adalah bapa... aper yang korang bagi anak-anak comel korang makan? Pernah ker korang check bahan-bahan dalam makanan yang korang bagi anak-anak comel korang makan? Mesti korang kater, " Hekelleh, dah terang-terang cop halal ader kat bungkusan tue, aper susah?" Jawapannyer, memang tak susah! Tapi, betul ker cop tue cop halal. Kadang-kadang cop jer tapi ingredients dalamnyer ader lemak lembu kaki pendek (khinzir lar). Yang aku tak tahan tue kalo ader yang kater "Ader aku kesah, makan jer jangan was-was...lepas makan baru tengok. Lagipon, sedap lar...tak boleh tolak nih". Memang benda HARAM sedap, macam berzina lar. Huh, dah kena baru nak terngadah. Pastu biler anak dah jadi anak setan, mula lar si bapak cakap," Pokcik da nasehat dah, bagi pendidikan yang cukup tapi ini jadinyer...sob, sob". Selain tue ader gak cakap, "Dulu dier anak yang baik, tapi....". Korang salahkan pendidikan agama yang diberi tak cukup, kurang kasih sayang, kurang support dari family adalah antara penyebab tapi pernah tak korang cakap, " Pokcik mungkin pernah bagi makanan tak halal kat anak pokcik, tue sebab jadi gitu..Memang salah pokcik...".

       Pernah terjadi kat tempat kerja aku, ader supply ration biskut untuk kitaorang makan. Salah seorang kawan aku tercari tak sengaja kod makanan tak halal dalam internet, so terjumpa gak lar. Then, aku ajak dier check makanan yang ader kat pantry. Check punyer check, ader satu jenama biskut yang agak terkenal nie memang ader lemak babi...beristighfar jap aku...memang hampeh lar! Sebab kitaorang dah termakan walau sekeping dua. Patut lar aku tak berapa nak layan sangat biskut tue, rupa-rupanyer....terus kitaorang buat complaint. Macammaner benda macam nie boleh terlepas pandang oleh pihak yang bertanggungjawab?

        Untuk info korang, aku ader lampirkan sekali 59 kod makanan yang mengandungi lemak babi supaya korang boleh check sendiri dan lebih berhati-hati.

    E100, E110, E120,   E 140,  E141,  E153,  E160,  E161,  E210,
     E213,  E214,  E216,  E234,  E252,  E270,  E280,  300,
     E301,  E325,  E326,  E327,  E334,  E335,  E336,  E337,
     E422,  E430,  E431,  E432,  E433,  E434,  E435,
     E436,  E440,  E441,  E470,  E471,  E472,  E473,
     E474,  E475,  E476,  E477,  E478,   E481,  E482,
     E483,  E491, E492,  E493,  E494,  E495,  E542,
     E570,  E572,  E631,  E635,  E904.


    Moral : Berlaparlah kamu jika berlapar itu menginsafkan mu daripada
              mengenyangkan jika mengenyangkan itu bakal memudaratkan
              diri mu. As conclusion, beware the hobby that eats!












    Wednesday, November 2, 2011

    A-DISI KHAS : PART 3

    PENGARUH WARNA DAN ANDA
    Hanya ilustrasi k :)
     Salam,
      This time punyer A-DISI, aku berminat untuk share dan merungkai serba sedikit bout' pengaruh warna dalam diri kiter. Tipu lar kalo korang langsung tak ader warna feveret kan...macam nak sekeh jer. Takkan korang tak pakai baju atau seluar / skirt berwarna kot. Bogel ker keluar umah? Bahaya korang nih! Tak pon korang tak perasan langsung yang korang pakai baju, seluar / skirt warna aper...Kadang-kadang tue, ader yang sanggup pakai baju yang sama a weeks, sebab ske giler warna dier (ader ker? Yang penting, not me...heh). Dan ader gak dalam closet dier, sumer baju warna samer jer walau style atau corak yang berlainan sebab fanatic giler macam pengasas Apple, Steve Jobs (kalo korang perasan beliau ske pakai baju warna hitam waima singlet sakalipon...yang lain dalam takmo amik tahu ea) So, supaya aku tak merapu meraban lagi plez check it out, babeh!

    1. MERAH (SERONOK, PENGARUH)
    • Korang seorang yang celupar (mulut tak ader insuran lar tue) tetapi cekap dan pantas giler (macam bini Jim, Stephanie dalam citer No Ordinary Family), pastu rasa diri cam glamour, selalu inginkan keseronokan serta mampu menarik perhatian orang lain dengan cara korang sendiri. Yang bagusnya, korang boleh menjadi seorang sahabat yang baik dan dipercayai (so sape-sape yang ader rahsia bleh berkongsi dengan korang lar). 
    2. COKELAT (JUJUR)
    • Korang seorang yang berdikari, tidak mudah give up, bertanggungjawab, bijak tetapi...kadang-kadang degil (sebab dah rasa diri tue bijak sangat kot).Selain tue, korang berharga dan dipercayai (boleh simpan rahsia gak rupanya) tetapi ingin tahu berapa harga yang terakhir (maknanya, berapa sen yang terakhir pon nak tau...ish, ish, ish, kedekut...balance nak masuk tabung kot).
    3. HITAM (SEMPURNA, KUASA, PENGARUH)
    • Memang korang seorang yang canggih (hi-tech fanatics or mania), hormat orang sekeliling, dan mengganggap diri korang tergolong dalam golongan intelek (ader persamaan macam Steve Jobs ar...).So, ini menyebabkan korang kadang-kadang sombong sikit.
    4. KUNING (HANGAT, RIMAS)
    • Humm....korang seorang yang imaginasi aktif (kreatif ar tue), open minded, ingin orang lain admire korang dan korang gak bercita-cita tinggi walau korang tak cukup ketinggian sebab korang rasa harus membantu dunia...macam citer Heroes ; "Save a cheerleader, save the world" (korang boleh join badan amal donia macam Angelina Jolie). Disamping tue gak, korang memang boleh diharap dan boleh dibawa berbincang.
    5.OREN (RIANG-RIA)
    • Korang memang bijak, tue sebab korang gak berani bersuara atau bersuara lantang, dan banyak ketawa. Yang bahayanya, mudah sangat benci kepada seseorang bersebab atau tanpa sebab serta mudah dipengaruhi oleh idea orang lain (kalo member korang ajak merompak, maybe korang akan tumpang dua-dua kaki, bukan sekaki dah...). Suka populariti (giler glamour dan bleh jadi selebriti) dan yang bestnya, orang suka dengan korang apabila bergaul.
    6. UNGU (SOMBONG, MENJAGA KESIHATAN)
    • Waaah, korang seorang yang misteri, kreatif, berfikiran aktif dan sebab inilah korang akan memerhati sesuatu dengan detail....hebat sebab maybe korang boleh inovate something dari situ. Korang gak penuh dengan keyakinan diri dan standard korang letak pon tinggi (memenuhi ISO). Besides that, korang adalah sahabat sejati, open minded sebab jenis tak kisah kot tetapi sensitif sikit.
    7. MERAH JAMBU (NYAMAN)
    • Seorang yang romantik (tengok pon dah tau), gemar berkhayal (macam Pak Pandir lak) dan bengis...ermmm,betoi ker??? Korang sendiri yang tau.
    8. HIJAU (KEDAMAIAN)
    • Korang peramah, lembut awww, jujur, tak sombong dan sebab tue korang dianggap hebat. Sometimes, korang boleh jadi good listener, bijak berbincang serta penasihat yang jujur (kalo chikaru tanya korang, baju yang dier pakai seksis ker tidak...mesti korang akan cakap "heh, huduh piang!. Takde baju lain ker?").
    9. BIRU (HARMONIS, TENANG)
    • Korang maybe dilahirkan sebagai ketua (jangan berlagak sangat), sensitif, bertanggungjawab, berahsia dan mempunyai standard yang tinggi sampai mudah sangat kecewa bila hasrat tak tercapai atau tersasar (banyak yang bunuh diri tue ske warna biru kot...ahaks).
    10. PUTIH (BERSIH, DISIPLIN)
    • Korang terikut-ikut macam tak ader identiti jer, takut membesar (abes takkan kecik jer memanjang, giler aper), bersikap terbuka dan mempunyai ramai kawan.

    Moral : Whatever, sebenarnya korang yang mempengaruhi warna bukan warna yang mempengaruhi
                korang  k..Yang baik korang boleh go on, but yang tak berapa baik tue cuba ubah jadi lebih
                baik. Ader faham?. Fikir-fikirkan dan selamat mengkaji.....