Tuesday, October 9, 2012

COMMERCIAL BREAKS AGAIN!

HEART VACANCY - The Wanted

Salam,

Lagu ini ditujukan khas untuk loneranger-loneranger tegar diluar saner, orait. Layanz....If korang tak ske, lantak korang lar kan..Bukan aku yang compose lagu nie, tak gitu? Pape pon, jangan biarkan diri korang diselubungi kesepian...miahahaha~

 
Whoa... 
 I hear your heart cry for love,but you won't let me make it right,  
You were hurt, but I decide it that you were worth the fight,  
Every night, you lock up,you won't let me come inside,  
But the look in your eyes,I can turn the tide. 
In your heart, in your heart, in your heart, I can tell you can fit one more,  
In your heart, in your heart, in your heart, I don't care who was there before.  
I hear your heart cry for love,then you act like there's no room,  
Room for me, or anyone,"Don't disturb" is all I see,  
Close the door, turn the key on everything that we could be, 
If loneliness would move out,I'd fill the vacancy.  
In your heart, in your heart, in your heart, Ooh.... In your heart, in your heart, in your heart,  
Ooh....  
This ain't the Heartbreak Hotel, even though I know it well,  
Those no shows, they sure tell, in the way you hold yourself,  
Don't you fret, should you get another cancellation, Give me a chance I'd make a permanent reservation. 
In your heart, in your heart, in your heart, I can tell you can fit one more,  
Open up make a brand new start, I don't care who's stayed before.  
I hear your heart cry for love,then you act like there's no room,  
Room for me, or anyone,"Don't disturb" is all I see,  
Close the door, turn the key on everything that we could be,  
If loneliness would move out,I'd fill the vacancy.  
In your heart, in your heart, in your heart, Ooh...  
In your heart, in your heart, in your heart, Ooh...  
When I talk to you on the phone, Listen close.  
I hear your heart cry for love,then you act like there's no room,  
Room for me, or anyone,"Don't disturb" is all I see,  
Close the door, turn the key on everything that we could be, 
If loneliness would move out,I'd fill the vacancy.  
In your heart, in your heart, in your heart, Ooh... 
In your heart, in your heart, in your heart, Ooh...

Moral : Bermorallah dalam mencari pasangan yang ideal. 
          Jangan mencari kerana desprate, kerana desprate 
          akan nampak jika dicari. 
          Lalala~ 

p/s: Imam muda yang bawak superbike dan terer men snooker...ader tak??? Ngada-ngadakan request budak tuuuutt!

Monday, July 23, 2012

A-DISI KHAS : PART 27

KUCEN AKU BIJAK! KAU ADER?

Salam,
Sekalian bloggurls dan blogguys yang cintakan binatang ....

Aku tak suruh dan galakkan korang bercinta ngan binatang pon...Aku dengan penuh harapannya agar korang sayangkan binatang jer. Tak kira lar cicak tokek ker, cipan ker, ungka ker kalau ader...ataupon binatang feymes a.k.a hensem iaitu encik lelabah *spiderman*. Itu pon kalau korang boleh bela. Kalau tak naseb engkorang lar kan...

Aku sangat, sangat, sangat sayangkan binatang especially kucen. Sebab senang nak jaga dan sangat lar manja tak hingat. Senang ker jaga? Ermmm...puff~ Yer lar, agak mencabar lar jugak. Tapi, yang paling penting, aku tak payah basuh berak dier. Dier basuh sendiri. Haaa, kucen aku siap kalo guner tandas, flush sendiri woo....Bangga kan? Kau ader?
Dolu-dolu aku ingat lagi. Sebelum aku sukakan kucen, asalnya aku sangat, sangat, sangat bencikan kucen. Sebab ader kucen liar makan hot chicks aku. Gila meraban aku time tue sebab hot chicks a.k.a anak ayam tue ditetaskan sendiri oleh aku dan abang aku secara illegal. Macammaner? Ader lar, rahsia! Lagipun anak yatim piatu kot. Sambung balik story...Punya lar aku jaga...sediakan tempat perlindungan, bagi makan, bagi hiburan...secukupnya. Last-last mati katachiks jer (katak plus chicks). Nak story balik, rasa sedey jer. So, kesimpulannya jangan story!

But, itu semua citer dolu-dolu. Sekarang tidak lagi. Aku dah pasrah dengan qada' dan qadar Nya. Aiyok, tetibe seyes!

Si Vanilla Coklat masa baby~
Kebijaksanaan dan kecomelan kucen aku yang aku panggil sebagai Coklat atau Kolat, diambil sempena nama drama faymous time tue...Vanila Coklat. Lagipon, dier dua beradik jer. Of course lar brother dier, aku panggil Vanilla. Yummy...sluuuurppp~ Eh, eh sorry terjilat kau, Vanilla...Ingat eskrem tadi! Uniknya Vanilla nie kat mata dier, sebab mata sebelah hijau dan sebelah lagi biru air laut.Tetapi, jangka hayat si Vanilla nie tak berapa nak panjang. Entah lar. Hidup lagi ker tak. Magik betui kau tahu, tetibe jer hilang dari rumah agam yang daddy aku bina untuk diaorang tue. Nak kater aku terkasar bahasa? Nope. Terkasar perbuatan? Lagi lar tak mungkin. <Kembali ke mode sedey> Sempena bulan posa nie...aku nak buat permintaan" pulanglah Vanilla ke pangkuan aku sekeluarga, kitaorang sangat merinduimu".

Vanilla, where are u????

Kucen pon tau pakai serkup pale, korang?

Muka mintak simpati~
Lepas jer si Vanilla hilangkan diri, si Kolat hidup tak keruan. Makan atas lantai, tidur membulat dalam pasu kosong, berak sampai cirit-birit dan banyak lagi lar. Nasib baik dier ader aku se'family' yang memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi. Tidak sampai dua bulan, hidup si Kolat sudah kembali ceria. Sampaikan si Kolat nie ingat kitaowang sama macam dier. Yang paling aku tak terlayan time dier main, hyperactive giler! Penat plus sakit seluruh anggota badan aku. Dier serang hendap aku, gigit aku, kejutkan aku dan memacam lagi lar. Something yang paling melucukan biler bola ping pong yang dier main masuk bawah almari, dier try kuis ngan tangan..tak keluar-keluar gak. Last-last, dier menirap masuk bawah almari then masukkan bola ping pong tue ke dalam mulut. Pastu dier gigit bawak ke tempat yang lapang dan lebih selamat. Ahakz~ Kau memang bijak!

Orait lar,sekian sahaja...Bulan posa nie tak boleh membebel banyak sangat, nanti kureng pahala posa aku.

Moral : Sayangilah binatang sebab korang tak akan rugi pape. Malah dier
              tolong doakan kebaikan untuk korang lagi ader.
              Biler lagi nak collect pahala kan...

Dalam sebuah hadis yang lain Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam memberi amaran:
دَخَلَتْ امْرَأَةٌ النَّارَ فِي هِرَّةٍ رَبَطَتْهَا فَلَمْ تُطْعِمْهَا وَلَمْ تَدَعْهَا تَأْكُلُ مِنْ خَشَاشِ الأَرْضِ.
Seorang wanita memasuki neraka disebabkan seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makan mahupun membebaskannya untuk makan serangga di tanah. [Shahih al-Bukhari – no: 3318]



Tuesday, July 10, 2012

A-DISI KHAS : PART 26

DEJAVU DI HOMETOWN

Bersantai~

Salam,
Sekalian bloggurls dan blogguys semua....

 Lately, mesti ader diantara korang tertanya-tanya perkembangan diri aku kan? FYI, diri aku tidaklah berkembang-kembang seperti kembang semangkuk. I'm just bery-bery fine! Alhmadulillah, berkat doa dan pertolongan jarak jauh (PJJ) sahabat aku serta kekuatan yang ada dalam diri aku....akhirnya memberikan sejuta impak maksima yang jauh lebih hebat daripada kekuatan The Avengers. Thanks, bro!

 Miahahaha! Orait, berbalik kepada title entri aku kali ini, dejavu. What's the hal about de-ja-vu or déjà vu ?

 Dejavu bagi pemahaman psikologi aku, adalah peristiwa yang baru korang alami sekarang seakan-akan hampir sama dengan peristiwa yang pernah korang alami sebelumnya walaupun korang tak berapa ingat secara terperinci sangat. Secara tak sengaja, korang mesti cakap," Eh,macam pernah buat jer...", "Macam pernah jumpa tapi dimana yer?" atau " Macam pernah pergi sini, tapi biler ea?".

 So, lebih kurang begitu lar...Sometimes, korang buat something blablabla, but exactly sama macam dalam mimpi korang tue. Misteri bukan?

 Menurut kajian lagi, ianya mungkin disebabkan terdapatnya gangguan pada otak. Ader yang kata déjà vu nie berkait rapat dengan penyakit schizofrenia. Wallah'hualam...

 Tapi yang menguatkan teori aku, adalah disebabkan maybe korang banyak sangat berfikir, mengalahkan profesor-X...sampai terbawa-bawa dalam mimpi, tak gitu?
 

Moral: Jangan biarkan diri anda diselubungi misteri...miahaha~ 



Sunday, June 24, 2012

COMMERCIAL BREAKS

Assalammualaikum w.b.t.,
Wahai sekalian bloggurls dan bloggguys yang beragama Islam semua......

Aku baru sahaja mengalami kejadian yang agak mencabar jiwa dan raga aku beberapa jam yang lepas...Kejadian menyelamatkan diri daripada gangguan iblis laknat. Isyh, tak tahu apa motif sebenar dier. Samaada nak menakutkan umat Muhammad S.A.W ini atau cuba mempengaruhi jasad aku.

Cerita nie bermula apabila, sejak malam semalam aku sakit kepala. So, aku pon cuba untuk tidur awal walaupun tidak berapa awal. Dalam kul 12 midnight lebih. Entah macam mana aku nak terlelap, aku terdengar suara budak cakap,"nak, nak...". Seolah-olah berkehendakkan something. Dan tak semena-mena itu gak, aku terasa ada jari yang cuba menjalar, macam nak masuk dalam baju aku. Hisyh,nie kes cabul nie! Aku pon bukak mata....then, nampak dua belah tangan macam tangan lelaki dewasa cuber nak men..... Aku bertahan. Kemudian, terdengar suara mende nie marah,"aku nak.....bagi lah!". Suara tue datang dari atas kepala aku. Aku cuber untuk tidak melihat. Itu lebih baik. Dengan tidak semena-mena, aku mendapat kekuatan dan aper lagi...aku pon azan sekuat hati aku. Walaupon suara aku tak dapat keluar sepenuhnya. Seolah-olah terkunci badan aku time tue. Sesak dada aku. Benda nie jadi lagi marah. "Dier" tarik aku ke bawah dan ke atas! Memang bergerak badan aku, kuat! Biler habis jer aku laung azan...benda tue hilang sekelip mata jer.

Automatically, aku mengucap dan beristighfar. tengok jam 1.45 pagi. Tanpa aku sedar gak, air mata aku keluar......Aku bangun. Pasang lampu dan terus pergi toilet, ambil wuduk untuk solat. Rasa tenang sket lepas solat. 

Aku tak mampu untuk tidur lagi buat masa ini.......

Kalau korang ditempat aku, apa yang korang akan buat?

Wednesday, June 20, 2012

A-DISI KHAS : PART 25

KENAPA KORANG TAK DAPAT APA YANG KORANG NAK, BUT DAPAT APA YANG KORANG PERLU?


Salam,
Wahai blogguys dan blogurls yang tengah upset sekalian.....

Please jangan buat muka lima sen sambil baca entri aku nie...please! Senyum sket, bleh?
Ok...ok, very good!

Title entri aku panjang sangat kan. Aku try pendekkan, semacam jer bunyik dier." KE KO TAKDAK PE KO NAK, BUT ADA YANG KO LU". Isyh.....ko lu? Cam "ko lu inna" lak. Agak menggerunkan bunyik tue. Nak tak nak aku taip lar dengan redhanya.

Macam biasa yang serba biasa, aku tanya, aku taip and of course lar, aku jugak yang jawab. Datz ok....korang kan tengah upset, so agak sukar untuk korang bagi penjelasan. Aku bagi peluang korang relax dan fikir, orait babeh....

Ok, now start thinking.....why, whY, wHY, WHY?

Korang pernah realize seringkali korang doa macam-macam yang terbaik untuk korang, but ada diantara doa korang dimakbulkan dan ada gak diantaranya macam takde? Belum dapat? Hampir-hampir? Sipi-sipi?

Sometimes, korang dapat apa yang korang perlu sebab apa yang korang perlu tue melebihi daripada apa yang korang hendak. Korang jer tak sedar. Biler dah lama...agak lama kemudian, barulah korang tersedar dan buat-buat terfikir tak sengaja. Am i right? 

Kalau tak mengaku tue, ikut lar korang...

For example, korang doa bagai supaya dikurniakan wifey or hubby...itu kehendak korang. Tapi apa yang korang dapat, rezeki jer yang melimpah-ruah. Jodoh tak jua kesampaian. Sebab apa? Maybe Tuhan tahu keperluan korang. Selagi korang tak mampu survive hidup sendiri, macam maner korang nak suvive hidup berfamily. Maksud lainnya, korang tak ready sepenuhnya untuk memikul tanggugjawab sebagai suami, isteri, bapa or ibu. Takut nanti korang gak nyesal di kemudian hari.

Bagi korang yang workaholic, but duwet simpanan tak jugak cukup-cukup. Simpan punyer simpan, tak gak menimbun. Yang menimbun hanya hutang. Then, korang doa seikhlas hatinya meminta agar korang dimurahkan rezeki. Kehendak korang adalah dimurahkan rezeki...ok. Tapi, apa yang korang dapat....Kalau korang dah berkahwin, korang dapat anak cepat, pastu non stop lak tue. Kalau korang single-mingle, korang dapat jodoh cepat. Maner tahu, anak yang dikurniakan awesome brilliant dan  jodoh yang korang dapat tue pulak awesome hardworking. Tanpa korang sedar,  suatu hari nanti 'mereke-mereka ini will become somebody'. Korang jugak yang tumpang senang kan? Itulah exactly apa yang korang perlu.

Abes camner pulak dengan kes biler jodoh pon tak nampak lagi, duwet nak kawen pon tak cukup. Keje bagai nak giler sebab tak cukup untuk menampung budget harian. So, dalam kes korang nie, duwet adalah kehendak utama korang...stick on it. Tetapi, apa yang korang dapat sebaliknya. Tawaran sambung study sebab korang apply tanpa sengaja. Korang fikir lagi, camno nak blaja, duwet tak cukup? Mahu tak mahu, paksa diri apply pinjaman tapi perlu taruh naseb. Muahaha! Sampailah korang abes study. Of course, taraf hidup korang naik selaras dengan kenaikan pangkat korang yer tak. So what? Korang diberi apa yang korang perlu supaya dapat realisasikan apa yang korang hendak.

Other situations, korang doa dan solat sunat bagai untuk dapat kerja halal yang terbaik especially korang fresh graduate. Berkoba-koba nak keje, dapat bantu family, plus joli sakan duwet poket sendiri...Sedar tak sedar, itu juga kehendak, bukan? Then, yang korang asyik dapat tawaran sambung study jer banyak. Lepas satu, satu offer datang...bijak lar katakan. Offer kerja? Nehi, no, tarak....pergi temuduga sakan beb. Situ, sana, sini. tapi, satu pon tak bagi green light. Samar jer...
Hurmmm, maybe korang tak realize yang keperluan korang sekarang adalah menimba ilmu sehabis mungkin.Ilmu yang korang ada tak berapa nak cukup untuk diaplikasikan. Seperti kata Sofi Jikan,"Jika ilmu tidak penuh didada, tak mungkin sampai ke gunung eberest". 

If korang jenis degil tahap gaban nie, jenis melawan takdir. Korang maybe dapat apa yang korang hendakkan, tapi tak berkekalan. Mula korang rasa menyesal. Mula rasa nak nanges sampai bengkak biji mata. Mula nak tarik-tarik baju. Mula nak kira semut yang lalu-lalang depan air milo yang sengaja korang tumpahkan depan korang sebab mulut tiris sangat. Heh~

Last but not least, fahamilah apa yang korang hendakkan / perlukan dalam hidup dan sentiasa fokus. "Korang fokus tentu korang akan faham, korang faham tentu korang akan kemas". Faham dan kemas dalam mengusahakan impian merupakan satu tanggungjawab dan sekiranya tanggungjawab telah mengambil tempat, akhirnya korang akan menjadi seorang yang berdisiplin. Hanya mereka yang benar-benar berdisiplin sahaja biasanya akan mencapai impian yang diusahakan. Jarang sekali orang yang tidak berdisiplin boleh berjaya.
 


Moral : Allah S.W.T Maha Mengetahui. DIA Maha Mengetahui apa yang korang perlukan.
            Hanya DIA yang layak memberi apa yang korang pinta. Rezeki halal ada
            dimana-mana.
            Allah S.W.T sentiasa ada disisi kita.Yang penting, usaha guys! Ingat, kita terpaksa
            melepaskan sesuatu bagi mendapatkan sesuatu.

Wednesday, June 6, 2012

A-DISI KHAS : PART 24

ULTIMATE PARKOUR, BUKAN TERSUNGKOUR!



Salam,
Bloggurls dan blogguys yang ske melompat-tak-tentu-ara-h sekalian...

Korang giler bersukan tak? Sukan apa yang paling korang minat?

Of course dalam banyak-banyak sukan, mesti korang pernah dengar sukan parkour.
Kenapa parkour termasuk dalam salah satu jenis sukan lak?

Untuk info korang parkour nie adalah disiplin secara fizikal dimana memberi tumpuan kepada keberkesanan pergerakan untuk melepasi sebarang halangan. Pergerakan nie melibatkan aktiviti melompat, berlari, memanjat, melonjak dan berguling. Pengamal parkour dikenali sebagai 'traceurs'.

So, parkour atau PK tergolong gak dalam sukan gak sebab menggunakan keseluruhan badan untuk melakukan pergerakan. But, yang paling penting ialah fokus. Kalau hilang fokus, maybe 'traceurs' akan tersadung atau tersilap langkah. Then...faham-faham sendirilah. Another one element yang paling-paling penting ialah gerak hati. Gerak hati mesti kuat dan tepat. Just like me. Anugerah Tuhan. Alhamdulillah. Seyes. Tapi, sometimes rasa macam psycho gak. Asyik betul jer. Sebab tue i like parkour! Latihan yang berterusan gak jangan dilupakan beb. Practice makes perfecto~

Menurut sejarah serba sedikit, parkour bermula pada tahun 1920-an dimana pergerakan seumpamanya terdapat dalam martial arts seperti ninjutsu dan qing gong. George Hebert, individu yang bertanggung jawab memfofularkan pergerakan seumpama nie dan mula mengajar pergerakan asas yang berkaitan dengan parkour. Lama-kelamaan ianya dijadikan sebagai latihan asas dalam French military. Tidak lama selepas tue, Raymond Belle meluaskan pengaruh parkour dan memperkenalkan PK setelah menjumpai group yang pertama iaitu Yamakasi group yang mengamalkan martial art nie sepenuhnya. Lepas Raymond Belle nie meninggal, nasib dier sempat perturunkan ilmu PK pada anak lelaki kesayangan dier, David Belle.

Anyone yang dah intrested? Jangan risau . Tak perlu pergi jauh-jauh...oberdesea. Dekat dalam Malaysia pon ader....Putrajaya jer tempat traceurs nie selalu practice. Officially, community diaorang nie dinamakan PKMY atau Parkour FreeRunning Malaysia since 2003 lagi. Kiranya semua group parkour seluruh Malaysia dan Semenanjung unite dibawah satu community nie lar. Meriah kan....plus hebat sebab dah compete sampai ke oberdesea gak.

Before i'm ending my entry, don't forget to watch "The Nine Lives of Chloe King", every tuesday 10.30pm on TV9...dihatiku....Memang best giler citer nie sebab ader ditunjukkan pergerakan asas parkour dan secara tidak langsung memperkenalkan lagi parkour dimata korang semua, okes! Tak payah lar aku story pasal citer nie sebab nanti tak mencabar lar kan. Better tengok sendiri....adios~

Moral : Jangan lakukan aksi ini didalam rumah, tak pasal-pasal dagu kena jahit macam   
               aku:b


Nie antara pelakon hebat TNLoCK






Friday, May 18, 2012

A-DISI KHAS : PART 23


HOW YOU CAN GET "SIJIL HILANG AKAL"


Salam,
Wahai bloggurls dan blogguys yang extreme sekalian........

Agak sekian lama aku tak share something yang happening kan? Sorry guys, i'm little bit busy lately. Betul, seyes busy!

Macam-macam aktiviti extreme yang aku buat untuk memadatkan masa lapang yang sebenarnya tak lar berapa lapang. Buat-buat lapang....lalala~ 

Salah satunya yang paling aku puas hati ialah aktiviti bungee jumping atau bungy jumping....atau kata mudahnya lompatan-berani-mati. Memang mencabar jiwa dan raga aku time tue...huh! But, sebelum tue aku kena timbang berat dulu. Weight korang mesti dalam lingkungan minimum 35kg dan maksimum sehingga 285kg. Selepas ditimbang, korang akan dipakaikan dengan safety equipment yang mengikut berat korang. So, ader dua safety equipment iaitu satu dipinggang dan satu lagi dipeha supaya semasa korang buat lompatan tue, tanpa was-wasnya korang akan rasa selamat sket, ok. Itu pon kalau korang bernasib baik. Masa abang hensem tue pasang-pasang mende nie sumer, aku rasa rileks giler, tak rasa nervous langsung. Betul ker jantung aku nie? Still functioning or not? Aku ketuk-ketuk...sakit! Hurmmm, orait! Abang hensem tue senyum ala siput sedut tengok aku cenggitu...

Sempat lagi diaorang advice aku suruh aku masukkan tudung aku dalam baju supaya tak ader lar free show nanti. Tengkiu, guys tolong ingatkan aku!

Then, masa aku berdiri betul-betul kat edge atas wooden platform tue, tengok jer kat bawah....huisyh! Jantung aku rasa nak terkeluar dulu dari dalam badan. Cam dier nak lompat dulu. Uit~ Abes lar aku! Betul ker aku nak buat nie? Nape aku tak buat lompat katak jer ker, lompat jauh ker, lompat getah ker...tak lar takuit sangat. Camno nie haaa? Nak patah balik? No way! Abang-abang hensem tue sekali lagi tanya aku,"Ara, u have any last word to say?". Hampeh tak hampeh! Aku tak bersedia nak mati lagi lar...sob, sob!

Tapi, dengan keyakinan tingginya sebab nak tunjuk yang aku tak lar takut...i've just said,"No!". 
Ala-ala Titanic aku rasa bila dorang suruh aku mendepakan kedua-dua belah tangan...ditambah pulak kesan khas tiupan angin sepoi-sepoi tak ader bahasa langsung.

Abang hensem tue tanya lagi,"Ara berani tak?". Ala-ala nak test aku lar tue cuak ker idak. Heh~

Aku ngan muka slumbernya jawab,"Yezza, i am. Berani kerana benar, takut kerana tak bran". Ahakz!

Bila abang-abang tue start mengira 1..2.. secara berjemaah, tetiba aku rasa darah aku dah stop mengalir ke kepala dah. Aku pon bengkokkan kaki...dan bersedia untuk jump masa kiraan ke-3. Zzuuuuuppp!

Masa aku jump dan terawang-awangan di udara untuk beberapa minit tue, aku dengar suara-suara 'menjerit' dorang-dorang-ntah-sape-ntah. Suara aku tak dengar langsung sebab aku tak menjerit (aurat, tue sebab tak menjerit).

Agak lama gak aku di "swing" kan. Tak lama lepas tue, datang sorang lagi mamat bersampan menyelamatkan aku daripada mati tergantung. Selamat jer aku "landing" dalam sampan tue, abang kat atas tue sekali lagi tanya," Ara, are you ok?". Aku just angkat ibu jari jer...so,dier faham lar kot.

Berakhir lar 'penyeksaan' jiwa aku pada hari tersebut. Memang rasa berbaloi giler dapat cuba bungee jumping nie. Siap 3 orang minah saleh yang menyaksikan lagak ngeri aku tue bagi credit kat aku sebab keberanian aku...heh~ 

Sebagai bukti, aku dianugerahkan sijil yang menunjukkan ketidakwarasan aku telah diiktiraf. Yeaaaaahhhhhhhhhhhh! Korang ader?
Nama dirahsiakan coz ader full name aku~







But, untuk info korang sebelum korang agree untuk melakukan bungee jumping nie, korang diwajibkan menandatangani consent meminta kebenaran korang sendiri lar. Dalam form tue gak, ader stated penyakit sawan, asthma atau high or low blood pressure. If korang ader salah satu penyakit tersebut dan korang tetap berdegil gak nak cuber...maybe boleh, but at your own risk. Sebab ader possible injury yang akan korang hadapi selepas aktiviti nie antaranya pendarahan dalam retina mata, gangguan penglihatan...otot cramp, terbelit dengan elastic cord disebabkan sawan tetibe atau yang paling bahaya...broken neck!

Moral : Ader bran?