| KES LANGGAR LARI, BUKAN LANGGAR STATIK! |
Salam,
Bloggurls dan blogguys semua...
![]() |
| Fight for the right~ |
Apa perasaan korang apabila menjadi mangsa langgar lari. Sudah lar kena langgar dan suspek pulak melarikan diri. Rasa damn teruk kan? Tetapi, dalam kes nie korang terselamat. Tiada kecederaan serius yang boleh menyebabkan korang kena 'rescue' dan dihantar ke Unit Kecemasan...bukan Unit Kencing Masam yang pakcik Kelate pekak tue anggap ea.
So, apa tindakan pantas yang akan korang buat? Buat-buat pengsan, buat-buat tak tahu atau halalkan jer lar...dah nak jadi, iye tak?
No,no,no. Itu bermakna korang tidak cukup bijak dan pantas.
Aku nasihatkan jika berlaku situasi sedemikian, korang sebagai mangsa kejadian perlu cepat bertindak. Alert. Jangan masa tue pulak baru korang nak buat 'deep breathing exercise' lak. Tak pasal kena makan penampor aku. Huh. Firstly, jangan panik! Kalau korang panik, apa pun tak boleh. Faham. Rileks jer. Nafas macam biasa. Secepat mungkin ambil nombor plat kenderaan suspek. Ingat dan tulis. Takut tetiba mamat hensem a.k.a awekz cun lalu, korang terlupa terus. If korang cari pen tak ada, save dalam handset android vs I-phone korang tue, lagi senang. Kalau suspek nak melarikan diri, biarkan. Yang penting nombor plat kenderaan berkenaan dalam genggaman korang. Haha~
Selepas tue, korang pergi buat report dalam tempoh 24 jam. Dekat mana? Takkan itu pun kena beritahu. Jika diikutkan info yang aku tahu, suspek tetap tidak dianggap bersalah sekiranya dia turut membuat laporan dalam tempoh 24 jam dari waktu kejadian kemalangan itu bermula. Contohnya, waktu kemalangan adalah dalam pukul 6 petang. Ini bermakna dari 6 petang hari kejadian sehinggalah 6 petang keesokannya, dia membuat laporan...dia dianggap 'not guilty'. Selepas daripada itu, for sure dier bersalah. Ok. Jangan risau. Jangan sedih. Walaupun superbike atau kereta sport korang hancur teruk, sehancurnya hati korang waktu itu. Redha.Yang penting korang still alive dan masih boleh hidup/kerja seperti sediakala. Korang boleh hantar repair superbike atau kereta sport korang dan claim insurans suspek yer. Haa, kan save duit korang. Ibarat talian hayat lar tue. Yezz, dapat part baru yer tak??
Semasa korang buat report, kalau betul korang di pihak yang benar...yakinkan. Jangan kejap-kejap ea, ooo, isyh lupaaaa....nak ingat balik. Memang tak pasal-pasal korang di cop bersalah. Then, jika diminta dokumen yang penting, bagi. Tak mintak jangan gatal-gatal bagi. Mengada betul.
Yang lain-lain urusan berkenaan dengan claim insurans tue, better korang call agen insurans korang untuk makluman pihak insurans. So, memudahkan diaorang deal dengan insurans pihak yang telah membalun kenderaan korang tue.
After that, hantarlah superbike atau sport car korang untuk di repair ke mana-mana workshop yang korang betul-betul percaya serta yakin...ok. Jangan kena tipu dah. Tak pasal-pasal sport car atau superbike korang kena kidnap, pastu owner workshop tidak mahu bertanggungjawab diatas kehilangan. Wargghh, gugur rambut korang jap-jap tue jugak...terus botak! Moral, jangan mudah percaya pada sesiapa pun.
Tetapi sangat malang bagi korang if suspek tidak membuat sebarang laporan dan pulak tue, tiada data yang diperolehi berkenaan dengan kenderaan suspek. Proses claim insurans korang akan tertunda maybe melebihi 15 hari...20 hari...atau nasib korang tidak lar begitu happening, korang kena guna fulus sendiri untuk repair. Seringgit dua takpe lar gak, boleh beli dua...bungkus~ Nie kena ribu-ribu ke, puluh-puluh ribu ke...almaklumnya, korang yang kena bungkus! Arghhh...sudah jatuh ditimpa bulldozer!
Based on my experienced, aku gak menjadi mangsa langgar lari. Apa lagi aku kejar sampai dapat lar. Pucat orang tue. Heh, baru tau! Langgar lagi. Nasihat aku, kalau korang pompuan dan bersendirian better jangan buat macam apa yang aku buat. Think about your safety. Bahaya kalau block wrong person at a wrong place and in a wrong time. Skali dier debik korang, free jer check in ICU...tak pun lubang kubur!
Moral : Sepandai-pandai suspek melarikan diri, pandai lagi aku drift~



