Sunday, March 18, 2012

A-DISI KHAS : PART 20

BAWANG MERAH, RED ONIONS, ALLIACEAE, ALLIUM CEPA VAR AGGREGATUM.

Salam,
Wahai bloggurls dan blogguys yang sihat wal'afiat sekalian....

Korang dah makan?
Dalam makanan korang ader terjumpa bawang merah tak?
Tak kira lar seketui ker, yang dah hancur ker atau di'slice' nipis-nipis...

Dalam kebanyakan masakan mesti ader bawang merah kan? Tak kira lar gulai, kari, asam pedas, sambal, singgang dan goreng-goreng. Kecuali masak tempoyak i like. Yang belum aku jumpa kalau bawang merah nie dicampur dalam puding, agar-agar, kek atau biskut. Korang try lar, mana tau sedap. Boleh publish buku lepas tue. Heh~

Orait lar, tanpa membuang masa aku menaip...let me introduce red onions. Give a big applause, guys!

Bawang merah dikelaskan dalam keluarga Alliaceae dalam order Asparagales. Nama saintifik adalah Allium cepa var. aggregatum. Bawang merah lebih kecil serta lebih manis rasanya berbanding bawang besar. But, masing-masing ader kelebihan yang tersendiri dalam masakan. Tidak semua bawang kecil boleh digunakan sebagaimana bawang besar dan begitulah sebaliknya.

Untuk pengetahuan korang, bawang merah mengandungi vitamin C, potassium, serat dan asid folik serta kalsium, zat besi dan protein yang tinggi.

Beberapa penyelidikan telah dijalankan tentang khasiat bawang merah terhadap kesihatan manusia. Dari hasil penyelidikan tersebut, mereka mendapati bahawa bawang merah mengandungi 2 sebatian utama. Sebatian pertama ialah sulfur seperti allyl propyl disulphida (APDS) dan sebatian kedua pula ialah flavonoids seperti quercetin. 

Flavonoid dipercayai mengurangkan risiko kanser, penyakit jantung dan kencing manis kerana ia mempunyai unsur-unsur anti-kanser, anti-bakteria, anti-viral, anti-allergenic dan anti-inflammatory. 

Dari penyelidikan terkini, bawang merah di dapati efektif terhadap sel kanser hati. Bawang merah didapati mengandungi 6 kali ganda kandungan phenolic berbanding bawang biasa (bawang besar). Bawang merah boleh menolong hati membuang toksin dari badan dan ia mempunyai saponins untuk menghindar dan membunuh sel kanser.

Bawang merah juga didapati boleh menghindarkan kanser perut. Ia mengeluarkan anti-coagulant yang boleh mencairkan darah dan seterusnya meningkatkan tahap tinggi aktiviti anti-platelet yang baik untuk pesakit symptomatic antherosclerotic, kardiovaskular, serangan jantung dan strok. Ia juga membantu meningkatkan fungsi otak seterusnya mengurangkan risiko penyakit Alzheimer's. Bawang merah juga boleh mengurangkan tahap gula bagi mereka yang menpunyai kencing manis dengan menghadkan keberkesanan insulin dan meninggikan metabolisma glukosa.

Memakan bawang merah setiap hari boleh membantu penumbuhan tisu tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis sehingga 20%. Ia mengandungi Prostaglandin A-1, agen yang kuat untuk mengurangkan blood pressure. Kandungan sulfurnya juga boleh membantu kulit kelihatan muda. So, lepas nie jangan terkejut sekiranya korang terjumpa orang mengunyah bawang merah macam mengunyah sirih atau chewing gum ea.

Zaman kanak-kanak korang dulu, korang mesti pernah demam kan...Masa tue aper rawatan yang korang jalani untuk mengurangkan panas demam tue? Makan syrup paracetamol? Demahan sejuk?

Memang klise....

Meh sini aku nak story sikit...rawatan if aku and my siblings demam. Selalunya, ayah aku akan gunakan bawang merah. Mesti korang confuse dan tertanya-tanya,"what's the hal guna bawang merah. Boleh ker?"

Of course, boleh sesangat. Berkesan and cool!
Paling penting, iktikad bahawa kiter memohon pertolongan daripada Allah S.W.T. 
Sesuatu tue terjadi atas kehendak-Nya jua...
Sebelum memulakan rawatan tue ayah aku akan ambil wuduk dan dalam keadaan bersih. Then, beliau pon mengambil sebiji bawang merah. Start lar bacaan ayat-ayat yang diambil dari dalam Al-Quran. Selepas habis jer bacaan tue, ayah aku potong dan baling bawang tue. Bawang yang menghadap keatas sahaja diambil untuk disapu dibahagian-bahagian badan yang bermula dari ubun-ubun kepala hingga kaki. Manakala yang terlangkup tadi akan dibuang.

Alhamdulillah, selepas sahaja rawatan tue, panas badan aku pon berkurang dan aku kembali menjadi hyperactive tak hingat.

Aku ader menuntut sket-sket dari ayah aku dan Insya'Allah, kalau ader zuriat sendiri suatu hari nanti boleh lar aku aplikasikan...iyo tak? Isyh,klise lak aku nie~

Moral : "Al-Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang yang beriman". Kesimpulannya,
             setiap penyakit ada penawarnya. Terpulang pada kita bagaimana kita memanfaatkan pemberian 
             yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T. 

Monday, March 5, 2012

A-DISI KHAS : PART 19

HEBAT TAK OTAK KORANG?


Salam,
Bloggurls and Blogguys sekalian......

Based on kajian secara ilmiah aku, dianggarkan kira-kira 100 orang diseluruh dunia telah diiktiraf memiliki otak dengan kemampuan yang extraordinary. Pernah tak korang dengar orang yang mengalami trauma / kecederaan otak akan memiliki bakat yang mengaggumkan atau hidup dier much more better than sebelumnya?

Persoalan tentangnya masih menjadi teka-teki dikalangan researcher, tapi menurut diaorang kecederaan dibahagian otak mungkin dapat menyingkap beberapa kehebatan otak yang tidak di aktifkan atau 'tertidur' dan masih belum di explore sepenuhnya.
Menurut kajian Pakar Neurosains dari Universiti Cambridge, Profesor Simon Baron Cohen mendapati kanak-kanak yang mengalami kecacatan neurologi seperti autisme adalah antara kes yang dikaitkan dengan fenomena yang mengaggumkan ini. Apa autisme tue pulak? Autisme adalah satu gangguan dikalangan kanak-kanak yang mengalami masalah dalam berinteraksi sosial, komunikasi emosi dan tingkah laku terhad.

Selain itu, penghidap autisme juga mempunyai bakat luar biasa dimana separuh daripada kanak-kanak autistik sebenarnya mengalami sindrom savant atau cendiakawan. Whoo...sindrom ini gak jarang berlaku tetapi hanya berlaku pada individu yang mengalami autisme sahaja.

Aper lak savant autistik nie?

Individu yang mengalami savant autistik nie mempunyai IQ antara 60 hingga 70 sahaja, tetapi mereka menampilkan keupayaan luar biasa dalam bidang tertentu seperti matematik, menghafal (memori) atau kesenian (muzik dan lukisan). Dan luckily jugak, hampir 6 kali ganda individu yang mengalami sindrom ini adalah lelaki. Yes, LELAKI!

Dont be upset blogguys, be proud...hoho~

Continue scroll....

Dibawah nie, based on Terman's Stanford-Binet Fourth Revision classification. If korang teringin nak tau IQ korang dalam range berapa, ada test yang perlu korang jalani. Selepas melepasi beberapa test tue, dirangkumkan semua sekali, baru dapat result samaada korang dalam klasifikasi yang maner satu.



IQ Range ("Deviation IQ") Intelligence Classification
152 and over
Genius and near genius

148 - 151

Very superior intelligence

132 - 148

Superior intelligence

116 - 132

Above average intelligence

84 - 116

Normal or average intelligence

68 - 84

Dullness

52 - 68

Borderline deficiency

Below 52

Mental Deficiency




Semua nie berlaku apabila bahagian otak hemisfera kanan yang kurang dominan telah mengambil alih tugas-tugas otak di hemisfera kiri otak. Dalam bidang sains minda, fenomena ini dipanggil "Brain Lateralization" atau "Brain Dominance", iaitu penggunaan yang tinggi pada bahagian otak tertentu.
Contohnya :
Right handed - penggunaan tinggi otak bahagian kiri.
Left handed - penggunaan tinggi otak bahagian kanan.

Korang pernah dengar atau terbaca kisah tentang Daniel Paul Temmet dari England? Kisahnya bermula apabila, ketika bayi kepalanya pernah terhantuk pada dinding. Then, ketika berusia 3 tahun dia mengalami beberapa siri serangan epilepsi. Tammet juga disahkan mempunyai sindrom Asperger iaitu satu bentuk autisme.

Sejak itu, Tammet mula mempamerkan kebolehan mental yang menakjubkan dengan 3 bidang kepakaran, iaitu pengiraan matematik, kekuatan memori dan bahasa. Kebolehan mengira dikatakan mengalahkan mesin kalkulator. Pada bulan Mac 2004, kobolehan luar biasanya dalam matematik diuji dimana dia telah menyelesaikan jawapan pai bagi setiap digit yang bermula dari nombor satu hinggalah digit 22,514 dalam masa 5 jam. Pencapaian itu membolehkan dia memegang rekod orang pertama berbuat begitu di Eropah.


Selain itu, Tammet nie juga boleh berkomunikasi dalam pelbagai bahasa seperti Inggeris, Perancis, Finland, Jerman, Sepanyol dan banyak lagi lar kalau nak disenaraikan. If korang berminat nak tahu kisah lanjut pasal  mamat Tammet nie, pandai-pandai lar korang Google sendiri yer. Korang kan bijak.

Contoh glamor yang boleh aku bagi ialah Tom Cruise. Dier penghidap autisme semasa zaman kanak-kanaknya. Now, beliau menjadi terkenal sekelip mata dan berjaya dalam bidang yang dipilih. Tengok dier berlakon pun mesti korang tak sangka dier ader penyakit tue. Filem terbaru yang beliau lakonkan dalam Mission Impossible : Ghost Protocol, perrghh best giler walaupun menjadi 'Hero Tua'...makin tua, makin energetic.Still boleh berkahwin dan mempunyai zuriat sendiri yang comel lagi. So, jangan mudah upset kalo ader diantara ahli keluarga atau anak korang sendiri menghidap autisme.

Korang pernah dengar dan baca citer tentang seorang budak perempuan yang boleh bertutur dalam 3 bahasa kalo aku tak silap iaitu Mandrin, Korea dan Kantonis selepas dier mengalami kemalangan kecil. Tetapi, yang menambahkan kepelikannya ialah hanya boleh bertutur selepas bangun tidur untuk solat subuh. Selepas daripada itu, hilang dah kebolehan bertutur dier...So, family dier pon hantar dier pergi berubat. Resultnya....ader 3 ekor jin menghuni dalam badan dier. Memang angker lar budak nie. Kesian dier...maybe sebab badan dier tidak cukup kuat dan tempat dier accident tue agak keras sikit jalan tar.

As conclusion, bukan semua orang bernasib baik memiliki kehebatan minda selepas mengalami trauma atau kecederaan otak. Jika ia berlaku pun, ia merupakan kes-kes terpencil dan peratusannya amat kecil. Jangan pulak korang pergi mengada-ngada hantuk kepala korang sendiri dengan harapan korang menjadi genius atau terkenal selepas tue. Sorry lar, lain jadinya. Korang jugak yang susah nanti.

MORAL : Dr. Einstein was not successful in school, but he found something in the air from his own imagination and his own brain power, and look what he did.
Do not call for black power or green power. Call for brain power.