Saturday, December 24, 2011

A-DISI KHAS : AKHIR TAHUN

Salam,

Bloggurls dan blogguys sumer....Beberapa hari lagi kiter sumer akan memasuki tahun baru 2012. Semakin dipenghujung tahun nie, terlalu banyak bencana alam berlaku. Salah siapa? Jawapannya, adalah kita sendiri.
Jadikan iktibar dan peringatan awal supaya kiter tidak mudah lupa. Lupa pada aper? Takkan itu pon aku nak bagitahu kan...Fikir-fikirkan selagi masih sempat.
Something yang aku nak share dengan korang sumer tentang....

RASULULLAH bersabda: "TUJUH hamba yang akan dilindungi ALLAH pada HARI QIAMAT nanti, antaranya:
1. Imam / pemimpin yang adil
2. Pemuda yang meningkat dewasa yang  beribadah pada ALLAH padahal disaat nafsunya
    bergejolak.
3. Hamba yg hatinya selalu terikat pd masjid dan sering berjemaah.
4. Dua org yang saling mencintai kerana ALLAH, berkumpul, berjumpa, bersahabat juga
    kerana ALLAH dan berpisah kerana ALLAH.
5. Seorg hamba lelaki yg dirayu oleh seorg wanita yg mempunyai kedudukan & kecantikan
    tetapi ia menolaknya seraya berkata ‘Aku takut kepada ALLAH".
6. Hamba yang bersedekah sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diperbuat
    oleh tangan kanannya, ikhlas kerana ALLAH.
7. Hamba yang berzikir dan berdoa kepada ALLAH dalam keheningan malam, dalam
    kesendiriannya, dalam muhasabah dirinya lalu ia menitikkan airmatanya.” 

Moral :(Tafsir hadis HR. Bukhari Muslim)..."Ya ALLAH yang Menguasai langit bumi, jadikan kami diantara tujuh golangan hamba-hambaMU yang KAU lindungi kelak diakhirat...aamiin".

Saturday, December 10, 2011

A-DISI KHAS : PART 10

CADANGAN MENGURANGKAN KEMALANGAN JALAN RAYA

Salam,

Bersama dengan saya sekali lagi, Fizz Aria Fewweet dalam A-DISI KHAS kali ini bagi membongkar, membincangkan serta mengupas isu-isu semasa. Isu kali ini ini adalah berkaitan dengan kes-kes kemalangan jalan raya yang semakin mendapat rating tertinggi samaada didada-dada akhabar dan siaran berita terkini lagi sensasi.

Hari-hari...eksiden,eksiden,eksiden dan bukan ada kaitan dengan cakap nogori yer (eksi-aksi dan den-aku = aksiaku). Bermakna biler berlakunya eksiden, mangsa eksiden akan menunjukkan aksi-aksi seperti terjelepok bawah lori, badan tersepit dalam kereta, kepala ke belakang, belakang kepala ke depan, peluk stereng kereta dengan badan bertukar colour, hangus terbakar dan memacam lagi.

Untuk info anda semua, Malaysia berada dalam kedudukan paling atas dengan kadar kematian tertinggi iaitu seorang bagi 100,000 penduduk serta kadar kematian yang dicatatkan adalah 6.3 kali lebih tinggi berbanding UK, Sweden dan Belanda. Syabas rakyat Malaysia kerana berjaya juga meletakkan kedudukan paling ummmph di mata donia dan secara tidak langsung kita telahpon famous amous!

So, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin..apakah cadangan anda dalam mengurangkan berlakunya kemalangan jalanraya? 

Adakah anda pernah mendengar ungkapan,"Kelajuan itu membunuh?"

Atau,

Anda semakin berkoba-koba selepas menonton filem Fast and Furious 5 dan tetiba terasa seperti menjadi MyVin Diesel atau Paul WalkerKu ketika memandu?

Dibawah ini disenaraihitamkan idea-idea bernas lagi marvellous untuk ditimbangkan sebelum direalisasikan. Maner tahu ader bajet lebih sikit menjelang negara maju 2020, idea-idea ini akan menjadi realiti. Anda semua akan tumpang gumbira dan boleh beli sorang dua, bungkus~
  1. Realisasikan kereta auto robot dimana sebelum nie, idea untuk mencipta sebuah kenderaan seperti ini telah diimaginasikan dalam filem The 6th Day dimana kereta dikawal secara automatik. Anda mesti berfikir bagaimana ianya berfungsi kan? As easy as, apabila anda start kereta hanya menggunakan ibu jari tangan atau kaki, anda hanya perlu set location yang dituju. Contohnya, ke KLIA. Kemudian, anda boleh relax dengan hati yang senang, boleh sambung mengumpat atau gossip, boleh makan breakfast atau lunch dan apa-apa jua termasuklah tidur...krooiih. 
  2. Penggunaan parachute atau payung terjun diwajibkan keatas semua jenis kereta sebagaimana penggunaan tali pinggang keledar. Apabila kereta anda mengalami masalah break atau tayar pecah, secara automatik sistem parachute akan di activate. Bumbung kereta anda akan terbuka, dan anda akan melambung ke atas. Lepas tue, pandai-pandailah anda landing kat maner-maner yang anda suka. So, semasa anda mengambil lesen memandu, anda diwajibkan mengambil sekali lesen payung terjun.
  3. Setiap highway akan diwujudkan pit stop seperti yang ada di Litar F1 Sepang. Semua kereta yang melaluinya diwajibkan berhenti untuk memudahkan penukaran tayar sekiranya tayar botak, periksa engine sepantas yang mungkin dan sekiranya kereta dalam good conditions, kereta anda dibenarkan berlepas. GO!
  4. Setiap tol di highway akan menyediakan minuman kopi percuma. Selepas anda membayar duit tol, anda akan diberi secawan kopi bagi menghilangkan rasa mengantuk. Tak mengantuk pon minum gak, sebab orang dah bagi, FOC. Lebih kurang macam drive-thru lar.
  5. Semua kereta juga dipasang dengan dua stereng, dua lights dan direction indicators stalk, dua pedal brake dan dua pedal minyak, but satu jer handbrake. Supaya tidak berebut. Hanya satu bahagian sahaja boleh diaktifkan pada satu masa. Apabila first driver memandu, bahagian second driver tidak berfungsi. Ini bermakna, mesti ada co-pilot untuk memudahkan first driver sekiranya terlelap secara tidak sengaja atau apabila first driver penat, boleh pass over kepada second driver. Jika dua-dua terlelap, electric current yang dipasang pada seat akan mengalir dan seterusnya dicaj ke kepala driver untuk membangunkan mereka daripada tidur.
  6. Andai kata, kemalangan tetap jua berlaku. Team paramedic akan disediakan dan dikerahkan ke tempat kemalangan secepat mungkin bagi menyelamatkan mangsa kemalangan. Sesampai sahaja, mangsa akan di scan otaknya menggunakan machine scan sebesar tablet I-pad. Jika pendarahan dalam otak telah dikenalpasti, pembedahan on the spot dijalankan diatas jalan tersebut tanpa mempedulikan orang-orang sekeliling yang memandang. Tujuannya, untuk memberi kesedaran kepada orang awam bagaimana sukarnya menyelamatkan mangsa kemalangan. Orang awam yang melihat sure akan fobia sehingga meracau dalam tidur dan lebih berhati-hati semasa memandu.   
  7. Bina bonggol setiap 30km macam bonggol di taman perumahan supaya memandu dengan perlahan-lahan bagi menggelakkan kerosakan pada absorber kereta.
  8. Pemasangan speed trap memang dah ader, so biler ada yang terlebih speed, akan ader JPJ yang block kereta anda dihadapan serta meminta anda bayar saman stat(jap itu gak). Jika anda tidak mampu membayar, kereta anda akan ditunda. Terpaksalah anda sekeluarga berjalan kaki pulang ke kampung, seolah-olah berjalan kaki beramai-ramai dari Arafah ke Mina. Anda boleh menuntut kembali kereta anda di tempat tinggal yang berdekatan dengan anda.
gambar kemalangan maut

Moral : Beringatlah sebelum kena, kalo dah kena tak sempat nak ingat.
               Ingatlah orang tersayang sebab kalo dah Innalillah, orang yang
               tersayang akan cari yang lain.

Saturday, December 3, 2011

A-DISI KHAS : PART 9

PENGAKUAN PLAYGIRL YANG INSAF

   5 tahun yang lepas, dier adalah wanita yang cukup perfecto. Semua yang didambakan seorang wanita, dier miliki. You just named it, kereta, rumah, wang ringgit sumer ader.Walaupun asalnya dengan susah payah. Tetapi, susah payahnya terbalas. Dier puas. Dier gak ader kengkawan yang setia menemani, so hidup tak lar membosankan baginya. Tetapi yang tidak disenanginya hanyalah satu. Pengorbanan sia-sia kengkawan dier ngan boy memasing. Lagi merunsingkan dier, acapkali dier terdengar kengkawannya meraung menangis, seolah-olah hilang akal sehinggakan sanggup membunuh diri. Telan pil berpuluh-puluh biji, tapi umur...alhamdulillah, panjang lagi. Siap ader yang sanggup ugut kelar tangan. Dier lar yang akan menjadi superheroin bagi menyelamatkan kengkawannya tue. Hanya dengan satu jer penampar hinggap dipipi gebu dorang, terus senyap. Then, dengan slumbernya dier akan sambung buat kerja atau tidur. Sempat dier mengomel,"Stupid because one man, such a wasting!".

   Disebabkan rasa kasih dan sayangnya terhadap kengkawan yang telah diperbodohkan atau terbodoh sendiri tue, dier tetap setia. Sikap setiakawan lar katakan. One for all and all for one, prinsip yang dipegang bersama tatkala itu. Dier gak sanggup membantu kengkawannya membalas dendam. Lagipon, dier memang jenis pantang dicabar. Setelah dicabar oleh kengkawannya itu, dier memulakan misi play-play dengan emosi kaum adam nie. Sementalahan pula, dier memiliki wajah yang A-cunnya! Memang tiada tolok bandingnya kecantikan yang dimiliki berbanding kengkawan dier yang lain. So, bertambah mudahlah misi yang akan dijalankan. Heh!

   Dari seorang mangsa ke seorang mangsa yang lain dier berjaya selesaikan. Sumenyer, berjaya dijatuhkan ego kelakian dorang plus menambahkan derita dorang. Dier bertambah seronok apabila lelaki-lelaki itu merayu-rayu minta jangan di breakup kan hubungan yang kian terjalin disebabkan rasa sayang yang membuak-buak. Lagi pula, dier tidak rasa menyesal disebabkan dier tidak pernah meminta apa-apa dari lelaki-lelaki itu termasuklah wang ringgit dorang. Niatnya hanya memainkan perasaan dorang sehinggalah lelaki-lelaki itu jatuh cinta dengannya. Selepas lelaki-lelaki itu benar-benar jatuh cinta, siap meluahkan kata cinta, panggilan "yang, sayang", ucapan "rindu awak"....Dier akan mengakhirinya dengan tidak membalas apa-apa. Silent. Membiarkan lelaki-lelaki itu melayan perasaan sensorang. Akhirnya, off handset dan yang paling kejam, tukar number phone. Make it simple dude, katanya ego.

   Asalnya dari hanya sekadar membantu kengkawan membalas dendam akhirnya bertukar menjadi hobi sampingan. Seronok dan ader thrill....maybe. Mangsa-mangsanya terdiri dari kalangan lelaki pandai sebab baginya tidak semua pandai nie bijak. Dan tidak semua lelaki bijak nie pandai. Sebahagian daripadanya ader yang berlagak pandai dan bijak. Dari situlah mereka hanya kelihatan macam bodoh sombong lak. Dier memberi kesimpulan.

   Suatu hari yang agak tenang dari biasa, dier termanggu sendiri. Terfikirkan sesuatu yang tidak pernah dier ambil port pon...Sampai biler dier ingin mempermainkan perasaan kaum adam? Biler dier nak retired? Mungkin penat agaknya ataupon dah boring. Malam tue selepas solat seperti biasa, tanpa membuang masa terus melabuhkan badan diatas sofa daybednya, terlena....Dier bermimpi. Bemimpi didatangi seorang lelaki yang kelihatan alim dari segi perawakan dan pakaiannya. Wajahnya terlalu kacak. Tidak dapat ditandingi oleh maner-maner lelaki yang ader dimuka bumi ini. Tidak pernah terjumpa dimaner-maner jua. Cool sesangat, lebih cool daripada wajah Nazmi Faiz semasa memberi sepakan left leg yang superb menentang Bahrain bulan lepas. Sejuk mata memandang, sejuk lagi badan macam duduk dalam peti ess jer...Lelaki misteri itu memulakan bicara," Cinta ibarat kupu-kupu. Semakin dikejar, semakin lari kalau dibiarkan terbang. Ia akan datang disaat kamu tak mengharapkan. Cinta dapat membuat mu bahagia tapi sering juga membuatmu sedih dan alpa. Tapi, cinta hanya berharga jika diberikan kepada seseorang yang benar-benar menghargainya. Suatu hari nanti, akan datang cinta yang kamu tidak akan dapat menolaknya sekiranya kamu ikhlas kerana Allah S.W.T dan ianya hanya datang sekali samaada kamu sedar atau tidak. Ingatlah yang paling utama, andai kamu tandus cinta manusia, kamu hanya kehilangan sedikit. Tetapi andai kamu tandus kasih sayang dan cinta Allah S.W.T, kamu akan hilang segalanya". Lelaki misteri itu tersenyum.

    Dier hanya mendengar, bungkam seketika. Mendalam sungguh maksudnya. Hendak dier bertanya sesuatu tetapi tidak kesampaian apabila lelaki misteri tersebut tetiba hilang sekelip mata. Terjaga dari tidur, dier mengesat-ngesat matanya, melihatkan jam loceng mac jaegernya masih awal. Baru pukul 3 pagi. Dier merasakan mimpi itu seakan-akan benar terjadi. Terus bangun dan menunaikan solat sunat. Selasai solat, dier berdoa seperti biasa, tetiba dirasakan hatinya amat-amat sayu. Syahdu rasanya. Betapa khilafnya dan berdosa dirinya dengan sikapnya mempermainkan perasaan lelaki-lelaki sebelum ini. Air matanya menitis laju tanpa dipaksa. Dier berfikir bagaimana dier harus meminta maaf pada mereka semua. Malu. Hanya pada Tuhan dier meluahkan dan minta keampunan. Semoga Tuhan memberi keampunan kerana sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa, lagi Maha Pengampun. Dier bertaubat nasuha.

   Sehingga kini dier menanti-nantikan cinta dan jejaka yang hadir dalam mimpinya. Harapannya hanyalah satu dan dier sanggup menunggu biar beribu tahun sekalipun. Setiap kali solat jua dititipkan doa yang sama tanpa jemu. Semoga doa dier dimakbulkan Tuhan yang Maha Esa. 

   Begitulah hebatnya hidayah yang Tuhan beri kepada insan yang terpilih. Hanya insan yang terpilih sahaja. Ini bermakna Tuhan Maha Penyayang. Walau macammaner buruk pon korang, pada Tuhan korang adalah cantik...jika korang menjaga hidayah yang DIA beri. Once in a lifetime.

Moral : Wanita itu ibarat epal, epal yang buruk mudah gugur dan senang dikutip.
            Sedangkan epal yang baik dan bernilai, tinggi tempatnya sehingga sukar tangan
            menggapainya. Namun begitu, epal tinggi sifatnya sehingga tiada siapa yang berani
            memetiknya melainkan lelaki yang benar-benar hebat sahaja. Fikir-fikirkan....