Saturday, December 24, 2011

A-DISI KHAS : AKHIR TAHUN

Salam,

Bloggurls dan blogguys sumer....Beberapa hari lagi kiter sumer akan memasuki tahun baru 2012. Semakin dipenghujung tahun nie, terlalu banyak bencana alam berlaku. Salah siapa? Jawapannya, adalah kita sendiri.
Jadikan iktibar dan peringatan awal supaya kiter tidak mudah lupa. Lupa pada aper? Takkan itu pon aku nak bagitahu kan...Fikir-fikirkan selagi masih sempat.
Something yang aku nak share dengan korang sumer tentang....

RASULULLAH bersabda: "TUJUH hamba yang akan dilindungi ALLAH pada HARI QIAMAT nanti, antaranya:
1. Imam / pemimpin yang adil
2. Pemuda yang meningkat dewasa yang  beribadah pada ALLAH padahal disaat nafsunya
    bergejolak.
3. Hamba yg hatinya selalu terikat pd masjid dan sering berjemaah.
4. Dua org yang saling mencintai kerana ALLAH, berkumpul, berjumpa, bersahabat juga
    kerana ALLAH dan berpisah kerana ALLAH.
5. Seorg hamba lelaki yg dirayu oleh seorg wanita yg mempunyai kedudukan & kecantikan
    tetapi ia menolaknya seraya berkata ‘Aku takut kepada ALLAH".
6. Hamba yang bersedekah sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diperbuat
    oleh tangan kanannya, ikhlas kerana ALLAH.
7. Hamba yang berzikir dan berdoa kepada ALLAH dalam keheningan malam, dalam
    kesendiriannya, dalam muhasabah dirinya lalu ia menitikkan airmatanya.” 

Moral :(Tafsir hadis HR. Bukhari Muslim)..."Ya ALLAH yang Menguasai langit bumi, jadikan kami diantara tujuh golangan hamba-hambaMU yang KAU lindungi kelak diakhirat...aamiin".

No comments:

Post a Comment