Monday, January 9, 2012

A-DISI KHAS : PART 11

THE ADVENTURE OF ME NOT NIM.

Salam,
Bloggurls dan blogguys sekalian....

   Awal bulan nie yang baru berlalu, aku pergi mengembara ke utara tanah air. Meninjau tempat orang memang hobi sampingan aku. Aku menjelajah Gunung Jerai. Ketinggian sebenar Gunung Jerai nie adalah 1217 meter dari paras laut. Antara pengalaman yang memang tak akan aku lupakan sebab panorama dari puncak gunung memang memukau, ditambah pulak angin yang bertiup lebih daripada sepoi-sepoi tanpa bahasa...sejuk sampai menyucuk semua 114 jenis tulang yang ada. 
Adik aku cakap environment dier sama macam dekat Germany, masa dier kat sana dulu. 

Sedikit info tentang asal usul Gunung Jerai;

   Kedudukan gunung Jerai yang menganjur ke Tanjung Jaga di pinggir laut ini, menjadikannya sejak berabad sebagai panduan pelayar silam yang singgah berdagang di negeri ini. Ada yang mengaitkan gunung Jerai ini dengan mitos Raja Bersiong yang dikatakan membuka penempatan di kaki gunung ini.
Dikatakan sebuah batu besar berbentuk sebuah kapal wujud di puncak gunung ini. Penduduk tempatan disitu mengelarnya "Batu Kapal". Menurut lagenda, kapal tersebut adalah kepunyaan Maharaja Merong Mahawangsa yang telah disumpah oleh Sang Kelembai ketika Maharaja tersebut cuba melabuhkan kapalnya di Pulau Serai, nama asal bagi Gunung Jerai.

Ok, korang dah dapat gambaran serba sedikit? Sebab aku nak sambung ceritera aku yang tergendala tadi.
   Perjalanan menuju ke puncak pun, thrill giler sebab berliku-liku dengan selekoh dier memang dahsyat tapi tak dapat compete dengan jalan ke Bukit Maxwell. Pengalaman mendaki Bukit Maxwell lagi mencabar. Kalau siapa yang 'lembik' tue, lupakan jer lar niat murni korang yer. Bukan aku nak memperlekehkan korang, just based on pengalaman jer. Aku ingat lagi ader sorang mamat nie sampai muntah-muntah sebab tak tahan dengan 'perjalanan' ke puncak.
Nampak selekoh tue? Baru sikit~
   Baiklah, berbalik ke fokus utama aku menceritakan pasal Gunung Jerai. Korang boleh pilih samaada korang nak berjalan kaki, naik superbike, drift dengan kereta atau yang paling cikai dan jimat sekalipun...naik basikal. But, bukan basikal biasa ea. Kalau naik dengan basikal biasa, boleh naik urat-urat saraf kat muka kiut korang diselangseli dengan terkucil sekali. Penat wooo! Better gunakan mountain bike. Kalau stamina korang dalam tahap yang membanggakan, selalu pergi medical checkup, no history of asthma / hypertension atau stroke...better korang naik motorsikal/superbike atau drift jer dengan kereta sport korang. So, make sure kenderaan korang dalam good condition. Maksud aku jangan yakin sangat kenderaan korang boleh weng-weng keatas. Korang kena periksa sepenuhnya dari A to Z.

   Semasa perjalanan korang tue, maybe korang akan terserempak dengan kera yang ekstrem dan hiperactive, yang korang tak akan terduga sikit pun tindakan dorang nie. Bagi menggelakkan korang dicedera atau dibuli oleh spesis yang dilindungi nie, lebih baik korang jangan bagi dorang makan. Nampak dorang jer, anggap sebagai 'cobaan'. Lagipun, kalau korang manjakan spesis nie, nanti dier malas nak cari rezeki sendiri dan jadi tak takut langsung dengan korang. Terbalik. Korang yang takut dengan dorang lak nanti. Macam citer "Planet of Apes". Time dier melepak, selepas subuh (sebab tak baik tido lepas subuh) dan lewat petang (sebab dorang lepak minum petang dan tak baik gak tido masa nak masuk waktu senja). Bagus dorang nie.
Tengah syok cari kutu bestpren!
   Sampai jer korang ke atas, dari puncak yang ketinggiannya 860 meter dari paras laut...korang dah boleh nampak sawah padi yang luas terbentang, saujana mata memandang. Tak cukup dengan tue, kilang memproses padi pun korang boleh nampak guna binokular. Arah ke timur, korang boleh nampak Pulau Bunting dan satu lagi pulau yang aku tak pasti nama dier.
Nampak sawah dan kilang Pak Mat Tempe tue~

  
Nampak pulau dan petak-petak sawah tue~
   Spesis tumbuh-tumbuhan dier memang banyak dan kebanyakannya pelik-pelik, tapi cantik. Aku yang tak berapa suka bunga eww-eww pun, boleh layan tengok.
See, bunga dalam bunga~
   Sekiranya korang penat dan malas nak patah balik sebab fobia dengan kera, korang boleh menginap jer kat resort yang disediakan. But, bukan free yer. Ingat korang ada share saham dengan Dato' empunya resort ker? Kalau ada, great! Pakej yang ditawarkan memang berbaloi-baloi, terbaek. Service 5 star, makanan 4 star, penginapan 4 star. Bukan twinkle-twinkle little star yang anak sedara korang nyanyikan tue, nie betul-betul punya. Yang lain-lain korang nilaikan sendiri.

   Sampai sini sahaja buat masa nie, aku nak tengok tv lak. Babai~

Moral : Cuti-cuti Malaysia boleh release sendi-sendi dan otot-otot yang mengeras yer...
            Amalkan sokmo :)

No comments:

Post a Comment