Saturday, January 14, 2012

ADISI KHAS : PART 12

BIASISWA KER BIASISWI?


Salam,
Blogguys dan bloggurls sekalian... 

   Azam tahun baru korang mesti nak sambung study kan...Tak kisah lar dalam bidang apa sekalipun, yang penting study. Korang yang nak sambung study tue dah fikir habis-habis ker samaada nak buat pinjaman atau mencari sponsorship? Kalau korang bertuah, maksud aku parent korang kaya, korang golongan bijak pandai sure senang jer nak sambung study. Berbeza pula kalau korang miskin harta pastu tak lar bijak sangat, tapi mempunyai keinginan tinggi nak study...macammaner lak? So, jangan stress-stress. Kat bawah nie ader sedikit maklumat rahsia yang dah tak berapa rahsia sebab nak kongsi dengan korang gak. Maner tahu rezeki korang, ahakz.Check it out!

1. Biasiswa Left Handed
Sebab ramai sangat siswa menulis /melukis dengan tangan kidal, biasiswa sebegini ada ditawarkan oleh Juanita College di Pennsylvania. Siapa-siapa yang left handed boleh apply masuk kolej nie. Right handed jangan gatal-gatal apply, buat malu jer kalau kena reject.

2. Biasiswa Kedai Ais Krim Nasional
Jika korang bekerja part time dekat kedai atau gerai ais krim sebab nak cari duit lebih untuk sambung study, korang mungkin memenuhi syarat untuk biasiswa ini. Jika korang bijak, korang cukup beruntung sebab maybe majikan korang akan menyedarinya dan recommend korang untuk mendapatkan biasiswa ini supaya korang dapat sambung belajar. Kena buat PJJ lar, rugi dier lepaskan korang camtu jer tanpa pengganti. Kecuali kalau korang yang suka makan ais krim, peduli apa dier. Yang penting tuan punya kedai masyuk.

3. Biasiswa Patrick Kerr Skateboard
Satu lagi biasiswa yang tidak glamer sangat. Tetapi biasiswa ini sedikit sebanyak membantu individu yang memiliki bakat bermain skateboard. Tak bijak sangat, tak kisah. Asal korang terer giler main skateboard. Korang kena tunjukkan bakat terpendam bermain skateboard depan beliau lar, atas budi bicara baru beliau bagi kalau beliau still alive.

4. Biasiswa Nama Belakang Orang Yang Aneh
Biasiswa ini biasa ditawarkan oleh Universiti Loyola di Chicago. Diberikan kepada siswa dengan nama-nama terakhir yang paling tidak biasa digunakan atau didengar, yang terbaik sejauh ini adalah nama "Zolp". Korang ada?

5. Biasiswa Asma
Dengar macam pelik, mesti korang teka biasiswa ini hanya untuk orang bernama Asma kan? No,no,no. Biasiswa yang spesel nie untuk individu yang disahkan ada penyakit Asma/ Asthma.  Bila difikirkan balik, jumlah biasiswa yang besar...pasti korang pon tak kisah kalau berpenyakit nie. Untung gak. American Academy of Allergy, Asthma dan Immunology bertanggungjawab untuk memberikan sponsorship untuk biasiswa unik ini.

6. Pertandingan Biasiswa Stuck at Prom Duck Brand Duct Tape
Ini adalah sebuah contest yang jarang didengari diadakan setiap tahun pada musim tertentu, dimana para siswa membuat dan mengenakan pakaian formal untuk bersaing mendapatkan hadiah biasiswa $ 2,500. Hadiah kedua dan ketiga adalah untuk mendapatkan biasiswa sebanyak $ 1.000 dan $ 500. Korang blogguys pakai lar baju batik ker, formal aper.

7. Tournament Kejuaraan Poker Online
Jika korang adalah seorang juara dalam permainan poker dan korang bukan beragama Islam, ini adalah kesempatan korang untuk memperolehi jumlah besar sebagai hadiah biasiswa.

8. Biasiswa Pengamal Vegetarian
Biasiswa ini disediakan oleh Vegetarian Resource Group khas untuk individu yang mengamalkan diet vegetarian.

9. Biasiswa Mahasiswa Tertinggi Antarabangsa
Sesiapa yang memiliki ketinggian yang melampau-lampau contohnya macam Micheal Jordon berpeluang untuk ambil biasiswa nie. Biasiswa ini pada dasarnya hanya mempertimbangkan tinggi seorang mahasiswa iaitu 5'10 "bagi siswa perempuan dan 6'2" untuk siswa lelaki. Takde lagi biasiswa ditawarkan untuk orang rendah macam aku. Kalau ada mesti dah ambil. Lagipun jarang ada orang Asia yang memiliki ketinggian luar biasa. Sebab tue Malaysia tak pernah buat tawaran biasiswa sebegini.

10. Biasiswa Ketepatan Meramal Masa Depan
Biasiswa ini agak berbeza sikit sebab bukan orang yang ada kebolehan mengamalkan black magic / sihir tetapi sebenarnya adalah untuk mahasiswa yang berminat dalam ilmu ekonomi. Calon diharuskan untuk 'membeli dan menjual" prediksi masa depan terutamanya berkaitan dengan turun naik saham. So, diaorang ini mungkin akan bekerja dalam “Wall Street”.

Moral : Nie semua bergantung pada usaha dan rezeki. Kalau dua-dua ada, InsyaAllah. Oleh itu,
           kalau korang dah dapat peluang, guna sebaik mungkin. Elak niat belajar tersasar k.

No comments:

Post a Comment