KENAPA KORANG TAK DAPAT APA YANG KORANG NAK, BUT DAPAT APA YANG KORANG PERLU?
Salam,
Wahai blogguys dan blogurls yang tengah upset sekalian.....
Please jangan buat muka lima sen sambil baca entri aku nie...please! Senyum sket, bleh?
Ok...ok, very good!
Title entri aku panjang sangat kan. Aku try pendekkan, semacam jer bunyik dier." KE KO TAKDAK PE KO NAK, BUT ADA YANG KO LU". Isyh.....ko lu? Cam "ko lu inna" lak. Agak menggerunkan bunyik tue. Nak tak nak aku taip lar dengan redhanya.
Macam biasa yang serba biasa, aku tanya, aku taip and of course lar, aku jugak yang jawab. Datz ok....korang kan tengah upset, so agak sukar untuk korang bagi penjelasan. Aku bagi peluang korang relax dan fikir, orait babeh....
Ok, now start thinking.....why, whY, wHY, WHY?
Korang pernah realize seringkali korang doa macam-macam yang terbaik untuk korang, but ada diantara doa korang dimakbulkan dan ada gak diantaranya macam takde? Belum dapat? Hampir-hampir? Sipi-sipi?
Sometimes, korang dapat apa yang korang perlu sebab apa yang korang perlu tue melebihi daripada apa yang korang hendak. Korang jer tak sedar. Biler dah lama...agak lama kemudian, barulah korang tersedar dan buat-buat terfikir tak sengaja. Am i right?
Kalau tak mengaku tue, ikut lar korang...
For example, korang doa bagai supaya dikurniakan wifey or hubby...itu kehendak korang. Tapi apa yang korang dapat, rezeki jer yang melimpah-ruah. Jodoh tak jua kesampaian. Sebab apa? Maybe Tuhan tahu keperluan korang. Selagi korang tak mampu survive hidup sendiri, macam maner korang nak suvive hidup berfamily. Maksud lainnya, korang tak ready sepenuhnya untuk memikul tanggugjawab sebagai suami, isteri, bapa or ibu. Takut nanti korang gak nyesal di kemudian hari.
Bagi korang yang workaholic, but duwet simpanan tak jugak cukup-cukup. Simpan punyer simpan, tak gak menimbun. Yang menimbun hanya hutang. Then, korang doa seikhlas hatinya meminta agar korang dimurahkan rezeki. Kehendak korang adalah dimurahkan rezeki...ok. Tapi, apa yang korang dapat....Kalau korang dah berkahwin, korang dapat anak cepat, pastu non stop lak tue. Kalau korang single-mingle, korang dapat jodoh cepat. Maner tahu, anak yang dikurniakan awesome brilliant dan jodoh yang korang dapat tue pulak awesome hardworking. Tanpa korang sedar, suatu hari nanti 'mereke-mereka ini will become somebody'. Korang jugak yang tumpang senang kan? Itulah exactly apa yang korang perlu.
Abes camner pulak dengan kes biler jodoh pon tak nampak lagi, duwet nak kawen pon tak cukup. Keje bagai nak giler sebab tak cukup untuk menampung budget harian. So, dalam kes korang nie, duwet adalah kehendak utama korang...stick on it. Tetapi, apa yang korang dapat sebaliknya. Tawaran sambung study sebab korang apply tanpa sengaja. Korang fikir lagi, camno nak blaja, duwet tak cukup? Mahu tak mahu, paksa diri apply pinjaman tapi perlu taruh naseb. Muahaha! Sampailah korang abes study. Of course, taraf hidup korang naik selaras dengan kenaikan pangkat korang yer tak. So what? Korang diberi apa yang korang perlu supaya dapat realisasikan apa yang korang hendak.
Other situations, korang doa dan solat sunat bagai untuk dapat kerja halal yang terbaik especially korang fresh graduate. Berkoba-koba nak keje, dapat bantu family, plus joli sakan duwet poket sendiri...Sedar tak sedar, itu juga kehendak, bukan? Then, yang korang asyik dapat tawaran sambung study jer banyak. Lepas satu, satu offer datang...bijak lar katakan. Offer kerja? Nehi, no, tarak....pergi temuduga sakan beb. Situ, sana, sini. tapi, satu pon tak bagi green light. Samar jer...
Hurmmm, maybe korang tak realize yang keperluan korang sekarang adalah menimba ilmu sehabis mungkin.Ilmu yang korang ada tak berapa nak cukup untuk diaplikasikan. Seperti kata Sofi Jikan,"Jika ilmu tidak penuh didada, tak mungkin sampai ke gunung eberest".
If korang jenis degil tahap gaban nie, jenis melawan takdir. Korang maybe dapat apa yang korang hendakkan, tapi tak berkekalan. Mula korang rasa menyesal. Mula rasa nak nanges sampai bengkak biji mata. Mula nak tarik-tarik baju. Mula nak kira semut yang lalu-lalang depan air milo yang sengaja korang tumpahkan depan korang sebab mulut tiris sangat. Heh~
Last but not least, fahamilah apa yang korang hendakkan / perlukan dalam hidup dan sentiasa fokus. "Korang
fokus tentu korang akan faham, korang faham tentu korang akan kemas". Faham
dan kemas dalam mengusahakan impian merupakan satu tanggungjawab
dan sekiranya tanggungjawab telah mengambil tempat, akhirnya korang akan
menjadi seorang yang berdisiplin. Hanya mereka yang benar-benar
berdisiplin sahaja biasanya akan mencapai impian yang diusahakan. Jarang
sekali orang yang tidak berdisiplin boleh berjaya.
Moral : Allah S.W.T Maha Mengetahui. DIA Maha Mengetahui apa yang korang perlukan.
Hanya DIA yang layak memberi apa yang korang pinta. Rezeki halal ada
dimana-mana.
Allah S.W.T sentiasa ada disisi kita.Yang penting, usaha guys! Ingat, kita terpaksa
melepaskan sesuatu bagi mendapatkan sesuatu.