Sunday, June 24, 2012

COMMERCIAL BREAKS

Assalammualaikum w.b.t.,
Wahai sekalian bloggurls dan bloggguys yang beragama Islam semua......

Aku baru sahaja mengalami kejadian yang agak mencabar jiwa dan raga aku beberapa jam yang lepas...Kejadian menyelamatkan diri daripada gangguan iblis laknat. Isyh, tak tahu apa motif sebenar dier. Samaada nak menakutkan umat Muhammad S.A.W ini atau cuba mempengaruhi jasad aku.

Cerita nie bermula apabila, sejak malam semalam aku sakit kepala. So, aku pon cuba untuk tidur awal walaupun tidak berapa awal. Dalam kul 12 midnight lebih. Entah macam mana aku nak terlelap, aku terdengar suara budak cakap,"nak, nak...". Seolah-olah berkehendakkan something. Dan tak semena-mena itu gak, aku terasa ada jari yang cuba menjalar, macam nak masuk dalam baju aku. Hisyh,nie kes cabul nie! Aku pon bukak mata....then, nampak dua belah tangan macam tangan lelaki dewasa cuber nak men..... Aku bertahan. Kemudian, terdengar suara mende nie marah,"aku nak.....bagi lah!". Suara tue datang dari atas kepala aku. Aku cuber untuk tidak melihat. Itu lebih baik. Dengan tidak semena-mena, aku mendapat kekuatan dan aper lagi...aku pon azan sekuat hati aku. Walaupon suara aku tak dapat keluar sepenuhnya. Seolah-olah terkunci badan aku time tue. Sesak dada aku. Benda nie jadi lagi marah. "Dier" tarik aku ke bawah dan ke atas! Memang bergerak badan aku, kuat! Biler habis jer aku laung azan...benda tue hilang sekelip mata jer.

Automatically, aku mengucap dan beristighfar. tengok jam 1.45 pagi. Tanpa aku sedar gak, air mata aku keluar......Aku bangun. Pasang lampu dan terus pergi toilet, ambil wuduk untuk solat. Rasa tenang sket lepas solat. 

Aku tak mampu untuk tidur lagi buat masa ini.......

Kalau korang ditempat aku, apa yang korang akan buat?

No comments:

Post a Comment