Sunday, February 26, 2012

A-DISI KHAS : PART 18

ZAMAN KEBINGUNGAN


Salam,
Bloggurls dan blogguys sekalian...

Samaada korang perasaan atau tidak yang kita sekarang sedang melalui satu zaman dalam banyak-banyak zaman iaitu zaman kebingungan. Bukan zaman Jahiliah, Zaman Paleolitik, Zaman Neolitik atau zaman-berzaman.Tahu ker tidak apa itu zaman kebingungan? For sure sekarang baru nak ternganga kan...


Tanyalah diri korang sendiri jika korang memang tahu apa yang sedang terjadi. Kalau jawapannya adalah tidak, korang adalah seorang pascamodern. “Siapa saja yang pada zaman ini tidak bingung,” kata Simone Weil, “dia semata-mata tidak berfikir dengan benar.” (Huston Smith, Forgetten Truth, San Fransisco, Harper Collins, 1992, h. vi-vii). Itu pendapat non-muslim, ok. Korang?


Semakin lama, semakin banyak hal-hal atau perkara yang membingungkan kalau korang concern about it. Contohnya sudah terlalu banyak untuk disenaraikan satu persatu.
Antaranya :

1. Orang yang mengaku beragama islam, tetapi membuat kenyataan
    membenarkan muslim yang lainnya menyambut valentine day tanpa 
    rasa malu.

2. Hamza Kashgari Mohammad Najeeb iaitu seorang kolumnis akhbar Arab
    Saudi yang juga seorang sunni muslim tetapi menghina Islam dan Nabi
    Muhammad S.A.W.

3. Isu sejadah dalam keadaan bersolat yang pernah dilaporkan berlaku di
    Kedah dan Terengganu.

4. Isu murtad yang berlaku secara berleluasa tetapi tidak diberi perhatian
    sepenuhnya. Sudahlah murtad tetapi tanpa rasa malu membuat kenyataan
    secara terbuka dan rasa bangganya. Siap menubuhkan kelab murtad
    officially via facebook.

5. Pemimpin-pemimpin Islam bertelagah sesama mereka dan bukan berusaha
    kearah jalan penyelesaian sedangkan pemimpin bukan Islam bertepuk 
    tangan gembira.

6. Wanita bertudung tetapi tidak memahami konsep menutup aurat yang
    sebenar dan berfesyen mengikut nafsu, bukan mengikut syariat. 
    Manakala, lelaki yang auratnya paling mudah dijaga tetapi dianggap
    enteng.

7. Suami atau lelaki menegur wanita dihadapannya berpakaian tidak menutup
    aurat tetapi, tidak membetulkan isteri atau wanita disebelahnya 
    yang tidak sempurna menutup aurat.

8. Individu beragama Islam tidak mengamalkan ajaran Islam tetapi berani
    mengeluarkan dalil-dalil atau hukum hakam yang tidak diketahui
    kebenarannya.

9. Penemuan binatang-binatang yang pelik dan semakin pupus di serata
    dunia contohnya ular batu delima, buaya berkepala ikan dan bermacam-
    macam lagi. 

  
9. Manusia kembali ke zaman jahiliah dimana dahulu bapa membunuh anak
    sendiri dengan menanam hidup-hidup. Tetapi, kini sebaliknya iaitu
    anak menetak bapa sendiri atau kelar leher ibu sendiri hidup-hidup.

10. Kejadian aneh yang berlaku di Kota Samarahan, Sarawak dimana
     penduduk mendakwa terdengar suara aneh dari langit.

11. Imej kalimah Allah dalam fenomena Halo Moon yang berlaku pada
     tahun 2011, sempat dirakamkan oleh seorang hamba Allah S.W.T.

 

Mungkin selepas ini kita akan melalui satu lagi zaman yang ditunggu-tunggu iaitu zaman kebangkitan Islam. Selepas umat Islam dianaya, ditindas dan dibunuh tanpa rasa belas. Yang terbaru, isu membakar kitab suci Al-Quran. Mereka tidak tahu bahawa sebab-sebab inilah yang akan menaikkan semangat umat Islam seluruh dunia menentang kekejaman musuh-musuh Islam. Musuh-musuh Islam amat takut sekiranya perkara ini benar-benar terjadi. Sebab itulah mereka membuat perancangan untuk memusnahkan umat Islam dari muka bumi Tuhan nie. Memang pengecut!

Moral :Manusia tidak mengambil iktibar daripada perkara-perkara
       pelik yang berlaku sekarang. Sebaliknya, menganggap ianya
       hanya kebetulan sahaja. Setiap yang berlaku adalah
       petunjuk bahawasanya Allah S.W.T itu Maha Berkuasa lagi
       Maha Bijaksana. DIA boleh mencipta apa-apa jua yang
       dikehendaki-Nya.

       Apabila korang alpa, DIA turunkan bala sebagai peringatan.
       So, jangan sekadar berakal, tetapi gunakanlah akal itu
       sebaiknya.

       "Kamu sekarang berada disatu zaman dimana hawa nafsu 
        mengikut ilmu dan akan datang kepadamu nanti satu 
        zaman dimana ilmu mengikut hawa nafsu"-Ibnu Mas'ud r.a
        Fikir-fikirkan dan dalami maksudnya.
 

Saturday, February 18, 2012

A-DISI KHAS : PART 17

AIR PUTIH, SKY JUICE OR ON AIR!

Salam,
Bloggurls dan blogguys sekali lagi....

Entri kali nie aku nak kongsi  something yang mendatangkan benefit bukan sahaja pada korang, but untuk aku sekali. Terutamanya untuk individu yang kurang minum air putih. Air kaler lain, aku tak berapa nak minat sangat nak explain buat masa nie. Air ialah H2O dimana dua bahagian untuk hidrogen dan hanya satu bahagian oksigen. Korang pun tahu kan...
Korang dapat feel tak biler minum air putih? Best? Lega? Chill?
Apa-apa lar korang...asal korang minum sebab ader kebaikan-kebaikan yang akan aku reveal untuk pengetahuan sampingan korang,ok.

Minum                                                                                           
waktu selepas bangun pagi supaya dapat mengaktifkan internal organ korang yang sudah tertidur semalamnya.



Minum

                                                                     
waktu 30 minit sebelum makan supaya dapat melancarkan proses penghadaman korang.

 

Minum

                                                                      
waktu sebelum korang mandi supaya dapat menurunkan tekanan darah korang yang naik secara tiba-tiba disebabkan korang marah dengan someone.



 Minum

                                                                        
waktu sebelum korang nak terlelap atau tidur mati supaya dapat membantu mengurangkan risiko korang mendapat stroke atau hypertension.

Moral : Allah S.W.T jadikan sesuatu itu bersebab dan ader kegunaannya. So, manfaatkannya 
            sebaiknya dan please don't ever you waste it! How dare you~

"In every glass of water we drink, some of the water has already passed through fishes, trees, bacteria, worms in the soil, and many other organisms, including people...Living systems cleanse water and make it fit, among other things, for human consumption".

Sunday, February 12, 2012

COMMERCIAL BREAKS!

Salam,
Bloggurls dan blogguys sekalian...

   Aku nak kongsi cerita masa aku ondeway balik dari kampung..tengah best-best mengelamun sambil drive tue aku ternampak dari jauh ader superbike idaman hati aku baru nak keluar dari R&R. Sebuah jer masa tue. Apa lagi, aku sajer jer potong mamat superbike tue. Nak tengok reaksi dier. Lega dapat potong lar kunon. Tengok-tengok kat sidemirror aku, laju giler kot dier bawak. Lepas jer dier dapat potong aku balik, siap lambai lar pulak. Ai, lawan nampak...takpe,takpe. 
   Tak cukup dengan tue, aku ingat dier tak bawak geng. Rupa-rupanya ramai kot lalu satu persatu. Tensennyer aku rasa. Isyh, rasa nak gigit stereng. Geram. Besar-kecik-besar-kecik jer aku nampak diaorang nie..puff~
   Aku tarik nafas dalam-dalam, teknik relaksasi lar katakan. Ingat da habis cobaan. Tetiba, berdesup laju keta seport-kuda-merah sebelah aku! Hih, nie sudah lebey niey. Time-time tue gak nak bukak cermin keta dan scream"Aaaaaarrrgggh". Tapi tak jadi, sebab ingat aurat tue uit, plus hujan lak. Nasib baik...
   Takpe enkorang, eksen lar dengan aku. Satu hari nanti, biler aku dah dapat...korang pujuk aku join club korang aku buat 'dek' jer. Korang bagi surat selit-selit (macam yang pernah aku dapat) pon aku tak layan selagi korang tak melutut depan aku. Heh! Berangan jer~ Yang rasa nak muntah-muntah tue, korang ader?

Moral : Tak baik riak, sumer tue hanya "pinjaman" donia jer.

Saturday, February 11, 2012

A-DISI KHAS : PART 16

YUO SRMAT OR YUOR BARIN SRMAT?


Salam,
Bloggurls dan blogguys semua...

Cuba test dibawah nie samaada korang betul-betul smart atau korang perasan smart...lalala~


Moral : Sebijak-bijak tupai melompat, tapi tak pernah masuk Olimpik..