BILA JIN FALLIN' IN LOVE...
Moral: Menjauhkan diri dan beringat lebih baik daripada merawat!
p/s; Masa aku buat entri nie meremang bulu roma aku woihh!Jangan pandang belakang.
Salam,
Bloggurls dan blogguys semua...
Pernah korang dengar pasal jin boleh jatuh cinta terutamanya kepada wanita-wanita seluruh dunia? Anyone? Selama nie tak pernah pula aku dengar jin jatuh cinta dekat mana-mana lelaki atau ponds. Jin pun tahu bercinta kan. Ingat korang jer reti bercinta...korang boleh, dier pun boleh gak. Memang awesome ar, tapi agak scary dan mistik sikit. Cinta misteri gitu...eeewww!
Mesti korang pun tertanya-tanya macammana jin bercinta? Huuuuiii, kalau sekali jin dah suka kat korang maybe dier tidak akan lepaskan korang...kecuali korang berikhtiar melepaskan diri dari genggaman dier. Kiranya jin nie jenis yang setia lar. Aii, seramnya dengar!
Antara tanda-tanda jin dah jatuh hati dengan korang ialah setiap kali korang bangun daripada tidur, korang akan terperasan ada 'love bite' dimana-mana anggota badan korang. 'Love bite' tue macam tanda lebam berbentuk bulat, ok. Bukan bujur, segitiga, segiempat atau garis memanjang. Aicehh.
Benda-benda camgini selalu berlaku pada gurls yang belum kahwin. Dah kahwin, dier tak berminat nak kacau, nanti kena belasah lak dengan hubby korang. So, kalau yang dah kahwin tue jangan mengada query nape ader 'love bite' lak. Sekeh ti!
Selain daripada itu, kalau korang gurls single-mingle atau berstatus 'in relationship' dalam facebook...lagi jin suka dan berusaha keras supaya tiada seorang pun boys memandang atau berjodoh dengan gurls pilihan hati dier. Jin akan menutup pandangan boys daripada melihat atau menyedari kehadiran korang gurls walaupun korang superb dan ada iras-iras Megan Fox atau Angelina Jolie. Korang lalu-lalang 500 kali depan boys hensem a.k.a macho pun, tak akan perasan kehadiran korang tue. Kesian kan...Alolo~
Kadang-kadang tue sampai gurls nie tak ader hati langsung nak bercinta dengan mana-mana boys. Sampai tahap suka menyendiri, tidak berminat bersosial atau bermasyarakat. *Terasa*. Macam hidup dalam dunia sendiri. Selain itu gak, korang akan jadi cepat marah. Cakap sikit dah bulat biji mata korang kan...
Masa tidur lak, korang gurls seolah-olah bercakap. Tapi, butir-butir percakapan tue tidak dapat diperjelaskan. Ermmm...korang tak akan sedar lar sampai korang bangun tidur. Except, bestfriend, mak, atau adik korang tidur dengan korang dan realized benda nie. Ala, sure korang bermati-matian menafikannya kan, kan. Korang gurls bukan sedar pun...tidur mati. Dah orang dengar, maknanya betul lar berlaku. Cuba terima hakikat...
By the way, camner korang nak settlekan problem nie? Aku pernah dengar ceramah seorang ustaz nie. Menurut beliau, senang jer kalau korang nak menjauhkan diri korang daripada jin tersebut. Yang penting korang kena konsisten berikhtiar. Caranya as simple as, mandi air limau nipis selama 3 hari berturut-turut. Jangan buat 2 hari then berhenti, pastu sambung balik minggu depan. Memang tidak berkesan yer. Waktu mandi korang kena particular sikit iaitu dalam pukul 5-6 petang (selepas waktu asar dan sebelum masuk waktu maghrib) sebab kalau korang mandi waktu maghrib, nates akan join sekali...mandi berjemaah. Sebelum mandi tue korang baca surah Al-Fatihah sebanyak 7 kali. Baca ok, bukan sebut Al-Fatihah 7 kali. Sebelum aku terlupa, masa korang mandi lebih afdal korang pakai kain basahan sebab jin suka kalau korang mandi bogel...faham tak? Maybe sebelum-sebelum nie korang ada amalkan mandi camgini, so selepas nie jangan amalkan mandi tanpa seurat benang pon. Jangan ambil benang jahit mak korang then balut badan korang sebab nak pergi mandi dah..
InsyaAllah, korang akan berjaya. Yakin, berusaha dan bertawakal...jangan cepat putus asa. Sebelum tidur korang amalkan baca surah Al-Fatihah, Ayat kursi serta Surah 3 kul : Al-Ikhlas, Al-Alaq dan An-Nas.
Moral: Menjauhkan diri dan beringat lebih baik daripada merawat!
p/s; Masa aku buat entri nie meremang bulu roma aku woihh!Jangan pandang belakang.

No comments:
Post a Comment