KUCEN AKU BIJAK! KAU ADER?
Salam,
Sekalian bloggurls dan blogguys yang cintakan binatang ....
Aku tak suruh dan galakkan korang bercinta ngan binatang pon...Aku dengan penuh harapannya agar korang sayangkan binatang jer. Tak kira lar cicak tokek ker, cipan ker, ungka ker kalau ader...ataupon binatang feymes a.k.a hensem iaitu encik lelabah *spiderman*. Itu pon kalau korang boleh bela. Kalau tak naseb engkorang lar kan...
Aku sangat, sangat, sangat sayangkan binatang especially kucen. Sebab senang nak jaga dan sangat lar manja tak hingat. Senang ker jaga? Ermmm...puff~ Yer lar, agak mencabar lar jugak. Tapi, yang paling penting, aku tak payah basuh berak dier. Dier basuh sendiri. Haaa, kucen aku siap kalo guner tandas, flush sendiri woo....Bangga kan? Kau ader?
Dolu-dolu aku ingat lagi. Sebelum aku sukakan kucen, asalnya aku sangat, sangat, sangat bencikan kucen. Sebab ader kucen liar makan hot chicks aku. Gila meraban aku time tue sebab hot chicks a.k.a anak ayam tue ditetaskan sendiri oleh aku dan abang aku secara illegal. Macammaner? Ader lar, rahsia! Lagipun anak yatim piatu kot. Sambung balik story...Punya lar aku jaga...sediakan tempat perlindungan, bagi makan, bagi hiburan...secukupnya. Last-last mati katachiks jer (katak plus chicks). Nak story balik, rasa sedey jer. So, kesimpulannya jangan story!
But, itu semua citer dolu-dolu. Sekarang tidak lagi. Aku dah pasrah dengan qada' dan qadar Nya. Aiyok, tetibe seyes!
| Si Vanilla Coklat masa baby~ |
| Vanilla, where are u???? |
| Kucen pon tau pakai serkup pale, korang? |
| Muka mintak simpati~ |
Lepas jer si Vanilla hilangkan diri, si Kolat hidup tak keruan. Makan
atas lantai, tidur membulat dalam pasu kosong, berak sampai
cirit-birit dan banyak lagi lar. Nasib baik dier ader aku se'family' yang memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi. Tidak sampai
dua bulan, hidup si Kolat sudah kembali ceria. Sampaikan si Kolat nie
ingat kitaowang sama macam dier. Yang paling aku tak terlayan time dier
main, hyperactive giler! Penat plus sakit seluruh anggota badan aku.
Dier serang hendap aku, gigit aku, kejutkan aku dan memacam lagi lar.
Something yang paling melucukan biler bola ping pong yang dier main
masuk bawah almari, dier try kuis ngan tangan..tak keluar-keluar gak.
Last-last, dier menirap masuk bawah almari then masukkan bola ping pong
tue ke dalam mulut. Pastu dier gigit bawak ke tempat yang lapang dan
lebih selamat. Ahakz~ Kau memang bijak!
Moral : Sayangilah binatang sebab korang tak akan rugi pape. Malah dier
tolong doakan kebaikan untuk korang lagi ader.
Biler lagi nak collect pahala kan...
Dalam sebuah hadis yang lain Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam memberi amaran:
دَخَلَتْ
امْرَأَةٌ النَّارَ فِي هِرَّةٍ رَبَطَتْهَا فَلَمْ تُطْعِمْهَا وَلَمْ
تَدَعْهَا تَأْكُلُ مِنْ خَشَاشِ الأَرْضِ.
Seorang wanita memasuki neraka disebabkan seekor kucing yang
diikatnya. Dia tidak memberinya makan mahupun membebaskannya untuk
makan serangga di tanah. [Shahih al-Bukhari – no:
3318]