CADANGAN MENGURANGKAN KEMALANGAN JALAN RAYA
Salam,
Bersama dengan saya sekali lagi, Fizz Aria Fewweet dalam A-DISI KHAS kali ini bagi membongkar, membincangkan serta mengupas isu-isu semasa. Isu kali ini ini adalah berkaitan dengan kes-kes kemalangan jalan raya yang semakin mendapat rating tertinggi samaada didada-dada akhabar dan siaran berita terkini lagi sensasi.
Hari-hari...eksiden,eksiden,eksiden dan bukan ada kaitan dengan cakap nogori yer (eksi-aksi dan den-aku = aksiaku). Bermakna biler berlakunya eksiden, mangsa eksiden akan menunjukkan aksi-aksi seperti terjelepok bawah lori, badan tersepit dalam kereta, kepala ke belakang, belakang kepala ke depan, peluk stereng kereta dengan badan bertukar colour, hangus terbakar dan memacam lagi.
Hari-hari...eksiden,eksiden,eksiden dan bukan ada kaitan dengan cakap nogori yer (eksi-aksi dan den-aku = aksiaku). Bermakna biler berlakunya eksiden, mangsa eksiden akan menunjukkan aksi-aksi seperti terjelepok bawah lori, badan tersepit dalam kereta, kepala ke belakang, belakang kepala ke depan, peluk stereng kereta dengan badan bertukar colour, hangus terbakar dan memacam lagi.
Untuk info anda semua, Malaysia berada dalam kedudukan paling atas dengan kadar kematian tertinggi iaitu seorang bagi 100,000 penduduk serta kadar kematian yang dicatatkan adalah 6.3 kali lebih tinggi berbanding UK, Sweden dan Belanda. Syabas rakyat Malaysia kerana berjaya juga meletakkan kedudukan paling ummmph di mata donia dan secara tidak langsung kita telahpon famous amous!
So, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin..apakah cadangan anda dalam mengurangkan berlakunya kemalangan jalanraya?
Adakah anda pernah mendengar ungkapan,"Kelajuan itu membunuh?"
Atau,
Anda semakin berkoba-koba selepas menonton filem Fast and Furious 5 dan tetiba terasa seperti menjadi MyVin Diesel atau Paul WalkerKu ketika memandu?
Dibawah ini disenaraihitamkan idea-idea bernas lagi marvellous untuk ditimbangkan sebelum direalisasikan. Maner tahu ader bajet lebih sikit menjelang negara maju 2020, idea-idea ini akan menjadi realiti. Anda semua akan tumpang gumbira dan boleh beli sorang dua, bungkus~
- Realisasikan kereta auto robot dimana sebelum nie, idea untuk mencipta sebuah kenderaan seperti ini telah diimaginasikan dalam filem The 6th Day dimana kereta dikawal secara automatik. Anda mesti berfikir bagaimana ianya berfungsi kan? As easy as, apabila anda start kereta hanya menggunakan ibu jari tangan atau kaki, anda hanya perlu set location yang dituju. Contohnya, ke KLIA. Kemudian, anda boleh relax dengan hati yang senang, boleh sambung mengumpat atau gossip, boleh makan breakfast atau lunch dan apa-apa jua termasuklah tidur...krooiih.
- Penggunaan parachute atau payung terjun diwajibkan keatas semua jenis kereta sebagaimana penggunaan tali pinggang keledar. Apabila kereta anda mengalami masalah break atau tayar pecah, secara automatik sistem parachute akan di activate. Bumbung kereta anda akan terbuka, dan anda akan melambung ke atas. Lepas tue, pandai-pandailah anda landing kat maner-maner yang anda suka. So, semasa anda mengambil lesen memandu, anda diwajibkan mengambil sekali lesen payung terjun.
- Setiap highway akan diwujudkan pit stop seperti yang ada di Litar F1 Sepang. Semua kereta yang melaluinya diwajibkan berhenti untuk memudahkan penukaran tayar sekiranya tayar botak, periksa engine sepantas yang mungkin dan sekiranya kereta dalam good conditions, kereta anda dibenarkan berlepas. GO!
- Setiap tol di highway akan menyediakan minuman kopi percuma. Selepas anda membayar duit tol, anda akan diberi secawan kopi bagi menghilangkan rasa mengantuk. Tak mengantuk pon minum gak, sebab orang dah bagi, FOC. Lebih kurang macam drive-thru lar.
- Semua kereta juga dipasang dengan dua stereng, dua lights dan direction indicators stalk, dua pedal brake dan dua pedal minyak, but satu jer handbrake. Supaya tidak berebut. Hanya satu bahagian sahaja boleh diaktifkan pada satu masa. Apabila first driver memandu, bahagian second driver tidak berfungsi. Ini bermakna, mesti ada co-pilot untuk memudahkan first driver sekiranya terlelap secara tidak sengaja atau apabila first driver penat, boleh pass over kepada second driver. Jika dua-dua terlelap, electric current yang dipasang pada seat akan mengalir dan seterusnya dicaj ke kepala driver untuk membangunkan mereka daripada tidur.
- Andai kata, kemalangan tetap jua berlaku. Team paramedic akan disediakan dan dikerahkan ke tempat kemalangan secepat mungkin bagi menyelamatkan mangsa kemalangan. Sesampai sahaja, mangsa akan di scan otaknya menggunakan machine scan sebesar tablet I-pad. Jika pendarahan dalam otak telah dikenalpasti, pembedahan on the spot dijalankan diatas jalan tersebut tanpa mempedulikan orang-orang sekeliling yang memandang. Tujuannya, untuk memberi kesedaran kepada orang awam bagaimana sukarnya menyelamatkan mangsa kemalangan. Orang awam yang melihat sure akan fobia sehingga meracau dalam tidur dan lebih berhati-hati semasa memandu.
- Bina bonggol setiap 30km macam bonggol di taman perumahan supaya memandu dengan perlahan-lahan bagi menggelakkan kerosakan pada absorber kereta.
- Pemasangan speed trap memang dah ader, so biler ada yang terlebih speed, akan ader JPJ yang block kereta anda dihadapan serta meminta anda bayar saman stat(jap itu gak). Jika anda tidak mampu membayar, kereta anda akan ditunda. Terpaksalah anda sekeluarga berjalan kaki pulang ke kampung, seolah-olah berjalan kaki beramai-ramai dari Arafah ke Mina. Anda boleh menuntut kembali kereta anda di tempat tinggal yang berdekatan dengan anda.
Moral : Beringatlah sebelum kena, kalo dah kena tak sempat nak ingat.
Ingatlah orang tersayang sebab kalo dah Innalillah, orang yang
tersayang akan cari yang lain.
No comments:
Post a Comment