HEBAT TAK OTAK KORANG?
Salam,
Bloggurls and Blogguys sekalian......
Based on kajian secara ilmiah aku, dianggarkan kira-kira 100 orang diseluruh dunia telah diiktiraf memiliki otak dengan kemampuan yang extraordinary. Pernah tak korang dengar orang yang mengalami trauma / kecederaan otak akan memiliki bakat yang mengaggumkan atau hidup dier much more better than sebelumnya?
Persoalan tentangnya masih menjadi teka-teki dikalangan researcher, tapi menurut diaorang kecederaan dibahagian otak mungkin dapat menyingkap beberapa kehebatan otak yang tidak di aktifkan atau 'tertidur' dan masih belum di explore sepenuhnya.
Menurut kajian Pakar Neurosains dari Universiti Cambridge, Profesor Simon Baron Cohen mendapati kanak-kanak yang mengalami kecacatan neurologi seperti autisme adalah antara kes yang dikaitkan dengan fenomena yang mengaggumkan ini. Apa autisme tue pulak? Autisme adalah satu gangguan dikalangan kanak-kanak yang mengalami masalah dalam berinteraksi sosial, komunikasi emosi dan tingkah laku terhad.
Selain itu, penghidap autisme juga mempunyai bakat luar biasa dimana separuh daripada kanak-kanak autistik sebenarnya mengalami sindrom savant atau cendiakawan. Whoo...sindrom ini gak jarang berlaku tetapi hanya berlaku pada individu yang mengalami autisme sahaja.
Aper lak savant autistik nie?
Individu yang mengalami savant autistik nie mempunyai IQ antara 60 hingga 70 sahaja, tetapi mereka menampilkan keupayaan luar biasa dalam bidang tertentu seperti matematik, menghafal (memori) atau kesenian (muzik dan lukisan). Dan luckily jugak, hampir 6 kali ganda individu yang mengalami sindrom ini adalah lelaki. Yes, LELAKI!
Dont be upset blogguys, be proud...hoho~
Continue scroll....
Dibawah nie, based on Terman's Stanford-Binet Fourth Revision classification. If korang teringin nak tau IQ korang dalam range berapa, ada test yang perlu korang jalani. Selepas melepasi beberapa test tue, dirangkumkan semua sekali, baru dapat result samaada korang dalam klasifikasi yang maner satu.
IQ Range ("Deviation IQ") Intelligence Classification
| |||||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Semua nie berlaku apabila bahagian otak hemisfera kanan yang kurang dominan telah mengambil alih tugas-tugas otak di hemisfera kiri otak. Dalam bidang sains minda, fenomena ini dipanggil "Brain Lateralization" atau "Brain Dominance", iaitu penggunaan yang tinggi pada bahagian otak tertentu. Contohnya : Right handed - penggunaan tinggi otak bahagian kiri. Left handed - penggunaan tinggi otak bahagian kanan. Korang pernah dengar atau terbaca kisah tentang Daniel Paul Temmet dari England? Kisahnya bermula apabila, ketika bayi kepalanya pernah terhantuk pada dinding. Then, ketika berusia 3 tahun dia mengalami beberapa siri serangan epilepsi. Tammet juga disahkan mempunyai sindrom Asperger iaitu satu bentuk autisme. Sejak itu, Tammet mula mempamerkan kebolehan mental yang menakjubkan dengan 3 bidang kepakaran, iaitu pengiraan matematik, kekuatan memori dan bahasa. Kebolehan mengira dikatakan mengalahkan mesin kalkulator. Pada bulan Mac 2004, kobolehan luar biasanya dalam matematik diuji dimana dia telah menyelesaikan jawapan pai bagi setiap digit yang bermula dari nombor satu hinggalah digit 22,514 dalam masa 5 jam. Pencapaian itu membolehkan dia memegang rekod orang pertama berbuat begitu di Eropah. Selain itu, Tammet nie juga boleh berkomunikasi dalam pelbagai bahasa seperti Inggeris, Perancis, Finland, Jerman, Sepanyol dan banyak lagi lar kalau nak disenaraikan. If korang berminat nak tahu kisah lanjut pasal mamat Tammet nie, pandai-pandai lar korang Google sendiri yer. Korang kan bijak. Contoh glamor yang boleh aku bagi ialah Tom Cruise. Dier penghidap autisme semasa zaman kanak-kanaknya. Now, beliau menjadi terkenal sekelip mata dan berjaya dalam bidang yang dipilih. Tengok dier berlakon pun mesti korang tak sangka dier ader penyakit tue. Filem terbaru yang beliau lakonkan dalam Mission Impossible : Ghost Protocol, perrghh best giler walaupun menjadi 'Hero Tua'...makin tua, makin energetic.Still boleh berkahwin dan mempunyai zuriat sendiri yang comel lagi. So, jangan mudah upset kalo ader diantara ahli keluarga atau anak korang sendiri menghidap autisme. Korang pernah dengar dan baca citer tentang seorang budak perempuan yang boleh bertutur dalam 3 bahasa kalo aku tak silap iaitu Mandrin, Korea dan Kantonis selepas dier mengalami kemalangan kecil. Tetapi, yang menambahkan kepelikannya ialah hanya boleh bertutur selepas bangun tidur untuk solat subuh. Selepas daripada itu, hilang dah kebolehan bertutur dier...So, family dier pon hantar dier pergi berubat. Resultnya....ader 3 ekor jin menghuni dalam badan dier. Memang angker lar budak nie. Kesian dier...maybe sebab badan dier tidak cukup kuat dan tempat dier accident tue agak keras sikit As conclusion, bukan semua orang bernasib baik memiliki kehebatan minda selepas mengalami trauma atau kecederaan otak. Jika ia berlaku pun, ia merupakan kes-kes terpencil dan peratusannya amat kecil. Jangan pulak korang pergi mengada-ngada hantuk kepala korang sendiri dengan harapan korang menjadi genius atau terkenal selepas tue. Sorry lar, lain jadinya. Korang jugak yang susah nanti. MORAL : Dr. Einstein was not successful in school, but he found something in the air from his own imagination and his own brain power, and look what he did. Do not call for black power or green power. Call for brain power. | |||||||||||||||||



No comments:
Post a Comment