3 SIFAT CALON SUAMI YANG PATUT KORANG REJECT
![]() |
| Aku tgh uji dier nie~ |
Salam,
Buat semua blogger yang sudah berkahwin dan belum berkahwin ataupon yang sudah kahwin tetapi belum bernikah lagi(ingat balasan Tuhan, korang tak akan terlepas). Korang yang hampir-hampir menuju ke gerbang perkahwinan, sudah ker korang berfikir habis-habisan? Korang sure ker lepas jer korang kahwin, korang tidak akan sekalipon menyesal di kemudian hari?
Jangan menyesal sudah! Mula lar korang cakap macam kat bawah nie....
"Isyh,nape lar aku kahwin awal sangat. Sekarang dah tak boleh joli sakan dah".
Ataupon...
"Alaaa...nyesal giler aku rasa. Dah kahwin baru tahu perangai huduh dier. Dulu masa bercinta tak ader pulak dier tunjuk..huhu".
So, sebelum terlambat..think it again. "Don't let banana fruit become twice". Seperti kata orang kampung sebelah aku yang baru nak belajar bahasa inggeris sebagai bahasa kedua, itulah pentingnya english education. Heh!
Baiklah, untuk make sure korang tidak melakukan sebarang kesilapan sebelum mendirikan masjid nan megah dan indah luarannya, jangan kosong dan sepi kat dalam sebab makmum tak cukup korum....disini aku nak share something yang penting untuk korang dan jua aku dalam mencari calon suami yang memenuhi ciri-ciri idaman malaya a.k.a wanita solehah. Antaranya ;
- Al-Buqhlu
- Adalah sifat kedekut dan bukan berkaitan dengan faberet kuih korang, kuih bahulu. So, tiada kaitan walaupun sebutannya sama. Kenapa bakal suami korang tidak boleh ada sifat kedekut macam Haji Bakhil tue? Surely, bagi korang orait jer sebab orang jenis nie dah planned untuk masa hadapan dier. Maybe korang betul dan maybe jugak korang sudahpon tersilap.Contohnya, korang keluar dating dengan bakal suami yang korang cintakan tue, makan kat restoren cikai-cikai tetapi at last dier mintak korang bayar dengan alasan apa salah korang belanja selalu...sayang abang tak?? Pastu, korang sambung dating dekat Jusco dan duit parking RM 1.00 tue pon korang kena bayar dekat mesin yang asyik bunyi,"Please insert your parking ticket", beberapa kali selagi korang tak masukkan duit kertas seringgit tue.
- Tidak cukup dengan tue, biler bergaduh bakal suami korang start lar mengungkit belanja dan hadiah-hadiah yang dier berhabis untuk korang walaupon baru berapa hinggit jer.
- Kalau lar korang berdegil gak, sebab cinta punya pasal and then kahwin ....Lepas kahwin, sifat kedekutnya semakin menyerlah. Bayangkan sampaikan mak dan bapak korang a.k.a mentua dier lar datang umah, korang terpaksa hidang biskut kering Hup Seng ngan air teh...pagi, tengah hari, petang malahan makan malam sebab bila korang mintak duit nak beli juadah / makanan jer, dier buat dek dan suruh korang makan apa yang ada kat dapur tue. Ader ke patut!
2. Al-Zuhu /Muta'ajjaraf / Tibahi @ 'Ujub
- Bermaksud membesarkan, bongkak atau sombong. Why? Sombong tak boleh jugak ker? Kalau perempuan yang sombong, its good...selamat. Tetapi, kalau yang sombongnya lelaki contohnya kalau korang ajak pergi rumah family korang sebab ada kenduri cukur jambul, dengan tujuan supaya bakal suami korang berkenal-kenalan dengan sedara-mara atau adik-beradik korang. Bakal suami korang bagi banyak alasan tak berapa nak logik macam sakit perut ker, tak sihat ker, making busy ker...sombong namanya tue sebab perangai semulajadi tak nak bercampur dengan masyarakat.
- Selain itu, korang bergaduh dan merajuk. Korang harap dier dapat lar pujuk korang balik dengan belikan teddy bear besau ker, mainan lego ker, dan setidak-tidaknya sejambak bunga tahi ayam..Korang pon send message ugutan tak berniat...tuut,"Kiter break jer lar". Dengan sombong dan selambanya dier reply,tiit..."Ikut u lar...seorang pergi, sekali i petik jari jer sepuluh janda yang hidung cam kapal selam akan melutut".
- Kesimpulannya, abaikan lar bakal suami yang begini. Merana badan jer nanti. Banyak lagi calon yang berkelayakan kat luar sana yang bachelor and awesome.
3. Al-Jubnu
- Berkaitan dengan sifat penakut. Ada ker lelaki penakut? Giler tak ada, banyak sangat sekarang nie. Contohnya, korang berdua ondeway balik dari Pantai Cahaya Bulan, then korang berhenti dekat Rehat Dan Rawat kat Highway Karak untuk menyampaikan hajat bakal suami korang. Waktu nak dekat senja lar nie (waktu senja banyak nates akan keluar shopping), so bakal suami korang takut giler lalu mengajak korang teman sekali. Maknanya, korang kena berdiri dekat luar tandas, takkan dalam tandas...dah macam mak menunggu anak kat tandas. Persoalannya, bukan kesanggupan korang mencium bau harum semerbak tue...but, sanggup ker korang menjadi pelindung lelaki jenis nie. Sepatutnya korang yang dilindungi bukan bakal suami korang. Tidak ker naya kalo korang diculik ker, dirogol ker....
- Others situation pulak, contohnya bakal suami korang ada stalker yang giler-giler taksub dengan bakal suami korang yang tidak lar berapa hensem tue, but sweet sikit kot. Disebabkan bakal suami korang nie penakut dan fobia nak berhadapan dengan stalker nie...so minta bantuan korang settlekan masalah dier dengan cara korang face to face dengan stalker tersebut.
What the halleberrybakal suami korang tue? Problem remeh macam tue pon tak boleh handle, betapa rugi menjadi seorang lelaki....tukar jantina jer lar dudes!
Bagaimana? Dah separuh sedar atau still tak sedar lagi? Lagipon, tak habis lagi nie... Sebenarnya, selain daripada disenaraikan diatas, ader 2 lagi syarat sampingan yang patut korang pertimbangkan, especially dari segi :
- Elok wajahnya iaitu muka cantik / hensem. Based on entri aku yang lepas, cantik nie terlalu subjektif dan terpulang pada individu itu sendiri melihat kecantikan yang macammana. Mungkin pada pandangan korang, memang hensem yang tiada tolok bandingannya...but, biler kawan karib korang tengok dan siap komen,"Uit, macammner ko yang cun giler nie boleh jatuh hati dengan mamat muka macam bangunan tak siap nie. Macam penyangak pon ader". Seh, pedih jer rasa walaupon pada pandangan mata halus korang dier umpama Robert Pattinson, tenang jer tengok dan tak rasa rimas perut langsung. Apa kelebihan yang korang dapat kalau korang cari calon yang hensem nie supaya korang terpelihara daripada keinginan korang kepada lelaki hensem yang lain apabila korang sudah berkahwin kelak...kerana wanita dikurniakan 9 nafsu yer. So, berhati-hatilah.
- Agama yang dipegang kukuh walaupon lelaki nie tidak berapa hensem. Yang penting ader agama supaya dapat membimbing korang bersama-sama menuju ke syurga hendaknya dan bukan menarik korang join fan club neraka. Free Of Charge lar katakan, siapa yang tak nak. Sekiranya lelaki tersebut memiliki wajah yang hensem dan disertai dengan pegangan agama yang mencukupi and marvellous, ini korang anggap sebagai bonus untuk korang. Apabila korang dikurniakan zuriat kelak, zuriat korang tidaklah sia-sia dan menjadi anak yang soleh / solehah. Siapa yang tidak mahu berkahwin dengan lelaki hensem, cuma biler dah kahwin nanti korang tak senang duduk kat rumah sebab risaukan suami korang yang hensem tue bekerja non stop kat luar. So, biler suami korang ada agama... dier akan menjaga dirinya daripada terjerumus ke lembah maksiat.
Ermmm, terpulang pada korang sebenarnya dalam memilih pasangan hidup. Tuhan kurniakan akal untuk korang menilai hujah aku, mata untuk korang melihat sendiri bakal suami korang dan telinga untuk korang mendengar nasihat yang berguna. Keputusan ditangan korang sendiri sebab korang yang akan berkongsi hidup nanti. Bukan kongsi dengan aku ataupon dengan makbapak korang. Ujilah bakal suami korang untuk mendapat kepastian atau kebenaran yer, sebelum terlambat. Good luck.
Adiossa and stop tongkat dagu ngan tangan kiri korang!
Adiossa and stop tongkat dagu ngan tangan kiri korang!
Moral : Berdasarkan riwayat Saidina Ali R.A. ada menyebut,"Jauhi lelaki yang
bermula sebagai lelaki yang jahat, yang melebihi jahat daripada wanita
yang terlebih jahatnya". Fikir-fikirkan dan selamat termenung sambil beramal~


No comments:
Post a Comment