PERNAH TAK KORANG?
Salam Maal Hijrah,
Sempena tahun baru bagi umat Islam, especially bagi yang beragama Islam...semalam apa yang tercatit dengan pen merah dalam buku rekod korang dah pon didelete atau diliquid paperkan. So, korang diberi second chance sebelum buku rekod korang tue dihantar terus untuk ditimbang-tara. Beware! Jangan sebab yang sikit, korang rosakkan kembali buku rekod korang tue. Sebelum nie, ader korang teringatkan aper yang tercatit dalam buku korang tahun lepas? Aper perasaan korang? Pernah korang rasa seperti yang diblacklist dibawah :
- Pernah tak korang rasa marah yang meluap-luap, tapi korang tak dapat hamburkan rasa marah tue?
- Pernah tak korang rasa malu yang amat, sampai korang rasa nak pakai topeng cam vokalis Amuk?
- Pernah tak korang rasa sedih yang melampau-lampau, sampai korang rasa nak menangis jer non-stop macam Kassim Selamat atau korang rasa nak menangis tapi airmata korang degil takmo kuar
toksey tubik? - Pernah tak korang rasa keyakinan korang hilang terus, sampai korang rasa takut, fobia dan lemah semangat?
- Pernah tak korang rasa maruah korang seperti dipijak-pijak lenyek atas lantai dah macam lempeng pisang jer, sampai korang rasa tak ada nilai langsung harga diri korang?
- Pernah tak korang rasa organ-organ dalaman korang disiat-siat macam dilapah jer, sampai rasa sakit tue meresap ke seluruh badan korang?
BTW, apa yang pernah korang rasa tue sebenarnya hanyalah CUBAAN dan UJIAN yang TUHAN bagi untuk melihat sejauh manakah IMAN yang korang miliki serta bagaimanakah cara korang mengatasinya? Adakah selepas sumer yang korang rasa nie, korang akan lagi dekatkan diri korang dengan DIA?
Adakah korang menilai balik kesilapan yang pernah korang buat dan cuba perbaiki supaya korang menjadi insan yang lebih baik in the future?
Kalo korang rasa korang tak buat silap, tetapi orang sekeliling yang seakan-akan sengaja menunding jari menyalahkan korang, just smile and say,"Alhamdulillah". Korang sure akan rasa tenang jer. For me ;
No need for revenge.
Just sit back and wait.
Those who hurt you will eventually screw up themselves,
and if you're lucky,
GOD will let you watch.
Moral : Semua manusia melakukan kesilapan, tetapi semua orang juga
diberi kesempatan untuk perbaiki kesilapan dan selagi itulah juga,
berhijrahlah untuk kebaikan daripada masa lampau.

No comments:
Post a Comment