Salam everybody....
Dah agak lamer gak aku mendiamkan diri,bukan tak ader citer yang nak share tapi a little bit busy...But, now ader suatu kisah yang aku nak you'all fikirkan sejenak sambil berhibur nie...
Citer dier bermula begini...
Suatu petang yang agak panasnyer suam-suam kuku lar lebih kurang, di sebuah kampung yang dirahsiakan tempat atas sebab-sebab keselamatan, ader dua beranak iaitu ayah bersama anak lelakinya di pangkin halaman rumah.
Si ayah ini tidak jemu menemani anak lelakinya berumur dalam lingkungan empat tahun,bermain bola...kerana cita-cita anaknya tinggi iaitu ingin menjadi pemain bola sepak profesional seperti Christiano Ronaldo hendaknyer.Sedang leka anak lelakinya bermain, tiba-tiba si anak terpandang seekor makhluk Allah nie merayap-rayap pada pasu bunga ibunya. Agak lama si anak ini memerhatikannya kerana mungkin tidak pernah melihatnya sebelum ini.
Lantas, si anak bertanya kepada bapanya, " Ayah,ayah...menatang aper tue?". Sambil bibirnya dijuihkan ke arah makhluk berkenaan.
So, si ayah tanpa segan silunya dan lemah-lembutnya menjawab, " Binatang tue namanya siput babi,nak".
Si anak tak berpuashati lagi dengan jawapan ayahnya dan bertanya sekali lagi, sambil menunding jari ke arah makhluk berkenaan, " Ayah, menatang pe tue?".
Si ayah tersenyum lagi sambil menjawab, " Tue lar siput babi, nak".
Si anak tadi keriangan dan bertanya lagi, " Menatang aper tue, ayah?".
Si ayah tetap menjawab dengan jawapan yang sama dengan sabarnya, " Siput babi,nak"
Soalan yang sama diulang-ulang si anak sebanyak lebih kurang 49 soalan dan si ayah tetap menjawab sumer soalan dengan jayanya tetapi agak keletihan. Akhirnya, soalan yang sama kali ke 50 di ulang oleh si anak sambil terkekeh-kekeh menendang bola.
Melihatkan si anak yang sajer wat tak faham menyebabkan kemarahan si bapa membuak-buak, so dengan lantangnya si ayah menjawab, " Tue siput lar, babi!".
Moral of the stories : Setiap kesabaran itu ader limitnya, tidak kiralah siapa pon you'll. Jangan
dijolok sarang tebuan tanah, buruk padahnyer...
No comments:
Post a Comment