Saturday, October 22, 2011

A-DISI KHAS : PART 2

TASIK TEMENGGOR/BANDING - ROYAL BELUM RAINFOREST...ANTARA MISTERI DAN KEUNIKANNYA
Salam...
   Anybody yang pernah menjengah atau meneroka sendiri keindahan dan kecantikan Tasik Banding tak? Kalo ader, korang boleh abaikan page aku nih. Aku berminat nak story kat yang belum tau aper-aper pasal Tasik Banding. Nak baca gak? Degil betul lar.....
   Belum-Temenggor Rainforest nie adalah salah satu keajaiban semulajadi yang memang nampak hidup. Dianggarkan berusia lebih kurang 130 ribu tahun dan memiliki keluasan  300,000 hektar serta didiami kebanyakan spesis binatang dan tumbuhan yang sukar dijumpai kat tempat-tempat lain didonia...haha.
Rainforest nie terletak dalam negeri PERAK yer, bersempadan antara Peninsular Malaysia dan Thailand (check peta k). Dalam hutan nie gak, ader lebih 3,000 spesis bunga yang mak korang tak mampu tanam walau kat halaman rumah sekalipon iaitu Rafflesia (bunga terbesar di dunia). Tapi, kalo mak korang kaya boleh beli mutiara rafflesia tue, rafflesia gak...adeh. Selain itu, hutan nie adalah habitat semulajadi bagi 64 spesis ferns, 62 spesis mosses dan didalam tasik banding tue sendiri ader 23 spesis ikan dan 5 spesis turtles (ingat kat Ganu jer ader..). Kesimpulan yang tersimpulnyer ialah saiz keseluruhan hutan kompleks ini 4 kali ganda saiz Singapore. So, adios Singapore...
   Belum tamat lagi lar...ader lagi aku nak cerita pasal asal usul Tasik Banding lak. Based on cerita orang-orang tua dahulukala, dulu Tasik Banding nie adalah sebuah perkampungan Orang Asli. Ok, sebelum korang nak tau asal usul Banding, korang mesti ambil port pasal sejarah Temenggor dulu. Alkisah tersebut lar kisah..toiyyib...lebih kurang 2 dekad dulu sebelum Banding ataupun tasik Temenggor wujud, terdapat sejumlah sungai yang mengalir dari kawasan tadahan air di puncak gunung ke kawasan tanah rendah Temenggor. So, bekalan air yang free of charge nie telah digunakan sepenuhnya oleh Orang Asli disitu (sape takmo kan) dan disebabkan sumber bekalan makanan dan air yang free of charge nie lar telah menarik minat pengganas komunis ke kawasan tersebut...heh. Bijak.
   Pada tahun 1974, PM masa tue Tun Abdul Razak telah mendapat idea bernas untuk mengusir komunis secara berhemah lar, tanpa kekerasan, tanpa pertumpahan darah... dengan membina empangan serta cuba memenuhkan air di kawasan Temenggor yang disalirkan terus dari gunung. Lama-kelamaan, terbentuk lar Tasik Temenggor. Kesan daripada itu, Banding atau "Compare" dalam bahasa omputih (adalah puncak tertinggi tadahan air Temenggor), maka terbentuk lar pulau...Yang sadisnyer, nak tak nak terpaksa lar komunis yang menumpang tadi tue pon melarikan diri ke selatan Thailand (maybe dier ingat banjir semulajadi, padahal man-made).
   Dah macam ahli sejarah lak aku nie..Lagipon, aku ader satu pengalaman ngeri plus angker nak kongsi ngan korang sumer. Haa...cerita bermula begini, aku nie dulu jenis tak berkawan ngan budak-budak pompuan sebaya ngan aku kat kawasan perumahan aku tue. Lebih kurang anti-sosial jer lagaknyer. Tapi, aku bukan anti-sosial, just aku tak berminat, tak thrill lar katakan...So, untuk menambahkan thrill zaman giler-giler remaja aku, aku ikutlah kengkawan ayah aku memancing ke Sungai Enam (dekat dengan Tasik Temenggor). Kitaorang pon menaiki bot, takkan naik sampan atau kayak kot...tak sampai lar jawabnyer, penat. Lebih kurang 5 orang dalam satu bot tue termasuk abang aku dan aku sorang jer gurl. Aku akan duduk kat depan skali, cam dalam citer Titanic tue sambil mandepakan tangan....best siot jer. Sambung balik...tugas aku letak umpan kat mata kail diaorang guner umpan cacing tanah yang gemok-gemok ngan udang yang dah dikepal bulat-bulat, ikut sesedap rasa. Aim kitaorang ialah ikan kelah (goring pon sodap woo, sisik dier crunchy), saiz dier memang besar giler maybe besar budak 2 tahun ngan berat berpuluh-puluh kilo pon ader. Tapi, kalo dapat ikan lain pon ader aku kesah.
Lepas habis jer memancing dan balik lar ngan hasil tangkapan yang memuaskan ati, sampai jer bot ke tebing...parking baek punyer, aku orang pertama yang akan cuber naik ke daratan. Entah macammaner, tetibe jer air sungai beralun-alun masa aku baru nak melangkah sebelah kaki kanan ke tebing (tak baca doa kot). Dengan tidak semena-mena, aku rasa badan aku macam ditarik masuk kedalam air. Then, sebab tak dapat nak imbang dah, aku pon terjatuh kedalam sungai. Kengkawan ayah aku, termasuklah ayah aku tergamam. Naseb baik aku berpaut kuat pada kayu kat tebing sungai. Dalam masa yang sama, aku dapat rasa kaki kanan aku ditarik kuat dari dalam sungai. Memang struggle giler ah masa tue. Dengan secepat kilat abang aku menarik tangan aku sekuat ati dier untuk menaikkan aku semula ke tebing. Lepas aku selamat naik ke darat, aku terus diam, speechless. Abang aku lak gelak non stop. Bersabarlah kamu.....
   Sampai kat rumah pon, abang aku still gelak siap perli-perli lagi. Kesannya dapat dilihat sehingga ke hari ini iaitu kedua-dua belah tangan aku kurus, takde lemak melekat. Begitu gak dengan jari aku, runcing. Kengkawan aku plak siap compare jari diaorang ngan jari aku. Hampeh jer.(Sebenarnyer takde kaitan pon, dah kejadian...bersyukurlah).





Moral : Man-made sekalipon, tak dapat menandingi Kebesaran Dan Kekuasaan Tuhan yang
              menciptakan langit, bumi dan seluruhnya...macammaner hebatnyer korang pon anytime
              Tuhan boleh musnahkan, juz a second k...Fikirkan.

No comments:

Post a Comment